Thursday, January 5, 2012

Apam Gula melaka/Gula Hitam


Actually resepi ni I ambil dari sini. But I tweak sikit. I tukar gula pasir ke gula melaka and I larutkan gula melaka dengan air dulu and the rest I follow as per instructed.

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails