Wednesday, February 6, 2013

Tahu goreng

Salam, hari ini I nak share resepi tahu goreng yang I buat kelmarin. Normally kalau I buat tahu goreng untuk my hubby, mesti I campurkan tempeh goreng sekali sebab mmg dia suka jika ada tempeh dan kalau goreng tu mesti nak kena garing. Kalau tak kena komplen nanti. Hehehe kalau dah jawa tu...memanglah tak boleh lari dari tempeh


Bahan A

100-200g kacang tanah goreng yg telah dikisar

10 tangkai lada kering - digoreng didalam minyak panas sebentar(sekejap je tau, sbb ianya cepat hangus)

6-8 ulas bawang putih

1 sb asam jawa + 1/2 cwn air, diramas dan tapis airnya (boleh juga gunakan 2 sudu besar cuka + 1/2 cwn air)

1/4 cawan kicap manis

gula hitam secukup

garam secukup rasa

Bahan B

beberapa keping tahu, digoreng

taugeh - dicelur sebentar

timun - dihiris


Kisar lada kering yg telah digoreng bersama bawang putih. Campurkan semua bahan A dan masak hingga mendidih. Jika kuah kacang terlalu pekat tambahkan air. Jika kurang manis tambahkan gula pasir. Setelah siap kuah kacang, hidangkan bersama tahu, taugeh & timun.


Sunday, February 3, 2013

Mee rebus

Salam, hari ini I masak mee rebus je. Sebenarnya I dah janji dengan hubby weekend nak masak mee so suruh dia choose nak makan mee apa, dia pilih mee rebus. Actually I pernah post resepi mee rebus ni tapi I still nak post sekali lagi.


(kuah)

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu makan udang geragau kering, rendam selama 10-15 min & toskan

1 sudu makan taucho

kisar bahan2 diatas dan campurkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging

2 - 3 sudu makan kacang tanah goreng yg telah dikisar

2 batang serai, diketuk

200g tetelan, di potong kecil2

2 liter air

4 sudu makan tepung gandum di campur bersama 1 cawan air, kacau hingga sebati & tapis

Garam & gula ikut rasa

sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari daging hingga pecah minyak.Masukkan kacang dan serai kacau sebentar. Kemudian masukkan tetel, kacau dan masak selama 5 minit. Tuang air dan dengan api yang agak kecil, biarkan mendidih.Tambahkan garam & gula, kacau dan akhir sekali, kecilkan api dan tuangkan campuran tepung tadi sambil kacau kuah hingga pekat sedikit...dan biarkan mendidih...


bahan2

1kg mee kuning, dicelur

50 sen taugeh, dicelur

telur rebus

bahan2 taburan

2 keping tahu, digoreng dan potong dadu (I pakai taupok)

daun sup, dihiris

cili hijau, dihiris

limau kasturi, dibelah dua


Friday, February 1, 2013

Mint chocolate chips muffins

Salam,  yesterday I buat mint chocolate chips muffins untuk hubby and anak-anak buat sarapan dan untuk bekal ke tempat kerja dan sekolah. So here's the recipe...


340g all purpose flour

2 tsp baking powder

1/2 tsp salt

200g chocolate chips

200g sugar

100g butter, softened

2 eggs

190ml fresh milk

Green colouring

1 or 2 drops of peppermint essence


In a mixing bowl, beat sugar and butter until creamy. Add in eggs and beat until just mix. Add in milk, food colouring and peppermint essence mix well and last fold in flour, baking powder, salt and half of the amount of the chocolate chips. Scoop batter into muffin cups and sprinkle with the remaining chocolate chips.  Bake at 170 deg c for 20 minutes .


Tuesday, January 29, 2013

Paru belado

Salam, hari ini I nak share resepi paru belado yang I masak petang tadi.


1/2 kg paru, direbus kemudian dihiris dan goreng

1 biji tomato, dipotong dadu kecil2

5 batang cili merah, lebihkan jika suka pedas

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 batang serai diketuk

Beberapa helai daun limau purut

Gula &  garam secukupnya

Sedikit minyak masak untuk menumis


Dengan menggunakan grinder, kisarkan cili merah bawang besar dan bawang putih kalau nak gunakan batu lesung pun boleh sebab rempahnya memang kasar.

Tumiskan rempah yg telah di kisar tadi bersama tomato yang telah didadu kecil tadi, serai dan daun limau hingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan paru yang telah digoreng tadi gaulkan dan masak sebentar.


Monday, January 28, 2013

Daughter birthday

Yesterday was my daughter's birthday. Her 19th. So for her birthday I buatkan strawberry chocolate cupcakes with chocolate buttercream. Actually I thought of baking rainbow cupcakes tapi masa I try buat tu... my cupcakes macam tak naik gitu so I thought the culprit was the eggs so besoknya I pun belilah telur yg fresh and bigger too. So dengan berhati-hati I pun adunlah bahan-bahannya but this time I decided to bake strawberry chocolate instead of rainbow cupcakes. My 1st batch was quite dense and burned on the surface of the cakes. So I pun tertanya-tanya what happen to my oven? Then suddenly I remember that the other day when I baked kuih bakar kentang for the last 10 minutes tu I use grill untuk garingkan permukaan kuih tu and masa I bake my cupcakes I tak turn back the knob to normal baking... haizz.. no wonder my rainbow cupcakes tak menjadi sebab I grilled the instead of baking it. Dah tua betul I ni ya....


Since we all memang dah planned siang-siang nak go to my in laws place so I pun masaklah pulut kuning, rendang ayam, sambal goreng and sambal telur puyuh with fishball untuk bancaan sikit kat sana...


Friday, January 25, 2013

Mee putih

Salam, semalam kita masak mee putih je. Permintaan dari hubby. Actually kita ingat nak masak  chicken rice tapi masa kita kat bustop lagi tunggu bas nak pergi Jurong Point, hubby pun call. So kita pun tanya dia nak makan apa for dinner. Sebenarnya dia tak berapa suka kalau kita masak nasi hari2 jadi bila dia kata nak makan mee putih kita pun oklah. Actually kita pergi JP sebenarnya nak beli phone baru... hehehe.... Apa tu.. Galaxy S3...sebenarnya kita pakai Galaxy note and still pakai malah sayang sangat kat phone kita ni. S3 tu kita bagi kat hubby sebab katanya Galaxy note dia (dia pun pakai Note juga) dah outdated sebabnya adalah kerana phone dia tak boleh update ke Android ice cream sandwich macam kita punya hehe.


Ok actually kita nak share resepi mee putih tapi melalut pulak.  Mee putih kita ni simple je. Bahan utama adalah mee hoon dan bawang putih je. Yang lain2 tu ikut sukalah nak taruk apa.


1 bungkus mee hoon direndam dlm 1 jam gitu

2 sudu besar bawang putih yg dicincang halus

Serbuk lada sulah

2 sudu besar sos tiram

Hirisan daging secukupnya

Hirisan fish cake/crab stick

Sayur sawi dicuci bersih dan dipotong kecil


Tumiskan bawang putih. Masukkan hirisan daging dan masak hingga bertukar warna. Masukkan fish cake, sos tiram dan serbuk lada sulah dan kacau sebentar. Masukkan. 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa kacau dan masukkan mee hoon yg telah direndam tadi bersama sayur sawi dan gaulkan. Masak hingga mee hoon lembut. Jika perlu tambahkan air. Jika suka taburkan hirisan lada merah.


Wednesday, January 23, 2013

Blueberry cheese tart

Salam, hari ini kita relax je sebab anak kita si Aiman tu balik lambat so kita masak lambat sikitlah. So kalau dah relax tu, tangan pun gatal nak godeh hp dan ternampak pulalah gambar cheese tart yang kita buat last week. Resepinya kita ambil di myresepi.com. Ok jugalah tapi kita paling suka tart shells nya so here the recipe yang kita copy paste je..


PASTRY (resepi chef anuar)

160g butter

80g gula castor

1 st vanilla esen

sedikit garam

1 biji telur

250gm tepung gandum


BAHAN ISIAN CHEESE

250gm cream cheese (Philadelphia)

3/4 cwn gula icing

1 biji telur

1/2 cwn whipping cream

1 camca teh esen vanila

Blueberry filling secukupnya


*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater

utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda

hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan

ini kepada separuh.


Cara-cara

1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen

vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn

sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.

Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh

sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum

ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian

sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga

sebati

8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.

9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.

10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh

masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-

tengahnya

11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama

15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum

dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails