Hari ini I masak yang simple je sebab hubby tak sihat. Untuk hubby I masak bubur lambok and untuk anak2 I masak lauk sardin (actually I yang nak makan...) Oleh kerana sudah selalu sangat masak sambal sardin so today I masaklah sardin masak asam. Sedap juga....
Sardin masak asam
1 tin besar sardin, diambil hanya separuh dari sosnya tapi terpulang kepada citarasa masing2
1 atau 2 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
2 batang lada merah, dihiris
2 - 3 sudu besar air asam
2 batang serai, diketuk
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit air
Garam
Gula (optional)
Tumiskan bawang besar, bawang putih, lada merah dan halia. Masukkan air asam, serai dan daun limau dan kacau sebentar.
Masukkan sedikit air jika suka dan akhir sekali masukan ikan sardin bersama sos berserta garam dan gula (I tak letak) dan masak hingga mendidih....