Masak lauk ni tengahari tadi. Sebenarnya hari ini Aiman nak makan nasi berlaukkan ayam goreng dengan kicap. Bila difikirkan balik lebih baik I masak ayam masak kicap sedap sikit dia makan dan semua orang pun boleh makan so tak payahlah I nak masak macam2 lauk. Macam biasa...I kalau masak selalu yang senang2 saja. So bahan untuk masak lauk ni pun biasa2 aje....
Ayam masak kicap berempah
1 ekor ayam, potong 12, garam kunyit goreng 1/2 masak
2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
1-1/2" halia dicincang halus
1 sudu besar serbuk rempah kari
Pekkak pelaga
1/2 cawan kicap manis + 1 cawan air
2-3 sudu besar cuka
2 biji kentang dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan pekkak pelaga hingga bawang besar layu. Masukkan rempah kari dan kaca sebentar. Masukkan kicap & cuka masak hingga mendidih. Masukkan kentang dan ayam dan masak lagi hingga mendidih dan akhir sekali masukkan tomato kacau dan siap...
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment