Thursday, November 7, 2013

Kuih apam harum manis


Pagi tadi masa tengah kemas dapur, mata asyik terpandang 4 biji pisang masih tergantung dekat tepi oven tu...dalam hati kata ni kalau tak makan kejab lagi mesti pisang ni dah kat lantai dah sebab dah masak sangat tapi selepas beberapa hari asyik makan pisang je, tekak pun dah tak nak terima dah... So tiba-tiba teringat pulak macam nak buat apam harum manis sebab tak lama dulu masa MIL buat kenduri ada hamba Allah bawak kuih ni dan kita pun rasalah...sedap dan lembut...
Kita ikut resepi dari myresepi.com....tapi ada juga yg kita tweak sikit...
Apam harum manis
300g  gula melaka
350ml air
3 biji telur
180g gula castor
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu kecil esen vanila
50g mentega cair
8-9 biji pisang raja dihiris nipis bulat
Masak gula melaka dengan air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda.
Pukul telur dan gula hingga kembang /pekat. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan mentega cair, air gula dan esen vanila dan kacau hingga sebati dan tidak bergentel jika bergentel tapiskan adunan tadi.
Sapukan acuan2 kecil dengan mentega/minyak. Tuangkan Adunan tadi 1/2 penuh dan letak hirisan pisang di atasnya dan kukus selama 15-20 minit. Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.

Kuih keria keledek

Salam, salah satu kuih malayu yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sedap juga. Bahan-bahan untuk buat kuih keria ni pun tak banyak. Kita cuma perlukan ubi keledek, tepung gandum dan gula pasir campur sedikit air. Ubi keledek pun boleh digantikan dengan labu atau pun kentang....
Resepi yang akan kita lampirkan tidak ada sebarang sukatan sebab kita pernah buat kuih ini mengikut sukatan iaitu berapa gram ubi keledek dan berapa gram tepung yang harus kita gunakan dan hasilnya sangat menghampakan. Kuihnya menjadi keras. Jangankan anak2 malah kita sendiri pun tak lalu nak makan kuih tu. Jadi berdasarkan dari pengalaman, kita simpulkan nak buat kuih keria ni yang penting adalah bahannya...

Kuih keria keledek
Ubi keledek, campurkan sedikit garam dan rebus hingga empuk
Tepung gandum secukupnya
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air (2 atau 3 sudu besar)

Lenyekkan ubi keledek yang dah direbus tadi hingga lumat. Kita gunakan batu lesung je nak lumatkan. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga doh tidak melekat di sekeliling mangkuk pengadun. Kalau boleh jangan campurkan terlalu banyak tepung sebab kalau terlalu banyak campuran tepung, kuih akan jadi keras dan kalau keras tentulah tak sedap. Then ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut buat hingga habis dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.
Dalam kuali yang bersih campurkan gula pasir dan  air, masak hingga berbuih. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan hingga gula menjadi keras atau crystallised. Matikan api, angkat dan hidangkan.

Friday, November 1, 2013

Fruity kitkat nutella rainbow cake

Kek ini di order oleh rakan kita untuk anniversary dia.... Alhamdulillah sekarang kita makin sibuk memenuhi tempahan dari rakan2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails