Thursday, November 7, 2013

Kuih keria keledek

Salam, salah satu kuih malayu yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sedap juga. Bahan-bahan untuk buat kuih keria ni pun tak banyak. Kita cuma perlukan ubi keledek, tepung gandum dan gula pasir campur sedikit air. Ubi keledek pun boleh digantikan dengan labu atau pun kentang....
Resepi yang akan kita lampirkan tidak ada sebarang sukatan sebab kita pernah buat kuih ini mengikut sukatan iaitu berapa gram ubi keledek dan berapa gram tepung yang harus kita gunakan dan hasilnya sangat menghampakan. Kuihnya menjadi keras. Jangankan anak2 malah kita sendiri pun tak lalu nak makan kuih tu. Jadi berdasarkan dari pengalaman, kita simpulkan nak buat kuih keria ni yang penting adalah bahannya...

Kuih keria keledek
Ubi keledek, campurkan sedikit garam dan rebus hingga empuk
Tepung gandum secukupnya
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air (2 atau 3 sudu besar)

Lenyekkan ubi keledek yang dah direbus tadi hingga lumat. Kita gunakan batu lesung je nak lumatkan. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga doh tidak melekat di sekeliling mangkuk pengadun. Kalau boleh jangan campurkan terlalu banyak tepung sebab kalau terlalu banyak campuran tepung, kuih akan jadi keras dan kalau keras tentulah tak sedap. Then ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut buat hingga habis dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.
Dalam kuali yang bersih campurkan gula pasir dan  air, masak hingga berbuih. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan hingga gula menjadi keras atau crystallised. Matikan api, angkat dan hidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails