Showing posts with label Nana Delights. Show all posts
Showing posts with label Nana Delights. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

CNY cookies & brownies




Last week kita memang sibuk sebab nak siapkan tempahan kuih raya cina dan sebab tu lah kita bertapa sekejap dari blog ni....dan last Saturday kita siapkan pulak tempahan brownies....sekarang ni kita rasa macam nak rehat dulu puas2 baru ambil tampahan baru....


Friday, December 26, 2008

Brownies, brownies,brownies, brownies, lasagna & lasagna







Pada 24 Dec. 08, seharian kita kat dapur siapkan brownies sampaikan mabuk bau coklat. Apa tak nya ada 4 kotak brownies yang harus disiapkan dan setiap satu berlainan topping. dan pada hari itu juga kita harus siapkan tempahan 8 tray lasagna. Nasib baik lasagna boleh siapkan malam sebelumnya lepas tu masuk fridge then on the actual day pagi-pagi buta dah mula membakar lasagna-lasagna itu. sambil tu 'on' lsgi satu oven, mission brownies pun bermula....




Monday, December 15, 2008

Brownies, lompang & coconut blossoms




Hari Jumaat hingga Ahad yg lepas kita sibuk sangat sebab nak siapkan tempahan kuih-muih. Penat betul, nasib ada hubby yang sudi menolong..tak..bikin sorang-sorang boleh tercabut tangan.
Walau apa pun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


Wednesday, November 12, 2008

Lasagna - 09th Nov 2008



Lasagna ni ditempah oleh Cik Liza yang tinggal beberapa blok di belakang. Katanya untuk jamuan petang untuk kaum keluarganya.

Pulut Kuning - 09th Nov 2008



Pulut kuning adalah tempahan dari Nora untuk hari perkahwinan abangnya. Pada mulanya kita ingat dia tempah untuk buat barangan hantaran tapi bila kita tanya dia kata nak taruh kat sebelah kek pengantin kat kepala meja. So kita buatlah something special kat pulut tu. Sebenarnya kita ni bukanlah yang jenis kreatif yang boleh buat apa saja. So untuk hiasan pulut ni, kita cedok kat buku masak Asmah Laili. Cantik juga.

Kuih lompang - 08th Nov 2008



Juga tempahan dari Yati. Warna-warnanya adalah pilihan Yati sendiri.

Coconut blossom - 08th Nov 2008


Coconut blossom ni pun di tempah oleh Yati. Untuk coconut blossom kali ini Yati minta kita buatkan tiga warna ia itu, hijau, pink dan kuning. Bila dah siap, cantik pulak kita tengok.

Puding jagung & puding cendol - 8th Nov 2008




Tempahan dari Yati untuk hari pernikahnya. Ini adalah kali pertama Yati tempah kuih-muih dari kita. Semoga dia berpuas hati dengan hasil tangan kita.

Brownies - 7th Nov 08



Tempahan dari Nora. Selalunya kita hanya buatkan dua macam topping saja untuk tempahan melainkan jika ada permintaan tapi kali ini kita macam bermurah hati gitu. Kita buatkan Nora empat macam topping tanpa sebarang bayaran tambahan. Apapun kita harap Nora berpuas hati dengan brownies kita ni.

Nana Delights kembali beroperasi

Setelah selama sebulan kita tutup , dengan secara rasminya Nana Delights telah kembali beroperasi. Sebenarnya walaupun cuti, tapi jika ada yang memujuk, merayu minta dibuatkan kuih atau apa saja, kita macam tak sampai hati nak tolak gitu. Kadang-kadang bila dah penat sangat memang kita rasa macam tak nak teruskan perniagaan ini....tapi hakikatnya memang ini yang kita suka. Bila kita memasak, kita rasa ianya macam satu terapi untuk kita. Bila ada masalah, masa kita masak tu hilang sekejap segala masalah sebab nak tumpukan perhatian pada masakan kita.
Apapun selagi kita masih mampu melakukannya, kita akan teruskan berjuang di dapurku.

Thursday, October 16, 2008

Tempahan kuih raya

Pada Ramadhan yang lalu kita memang sibuk hingga tak de masa nak post entry kat blog kita ni. Sekarang dah free jadi apalagi mengadap jer lah komputer nie.
Pada bulan puasa yang lalu kita buat tempahan kuih raya tapi tak banyak macam tahun lepas....








Sunday, August 24, 2008

Brownies for Syaiful's skyrunner team (NDP 08)




Semalam kita buatkan Syaiful 2 tray brownies untuk team skyrunner dia....sebenarnya kita tak pernah buat wording kat brownies kita...tapia anak request punya pasal....apa pun kita sanggup.
Bila dah siap kita tengok not bad jugak....boleh tahanlah......dan dia pun happy.....

Wednesday, August 20, 2008

Brownies




Hari ni Boos order brownies untuk besday colleague dia. Actually dia order last minute....tak sampai hati pulak nak tolak....tapi sebenarnya dia nak order macam2 tapi aku tak laratlah sebab dah penat sangat so aku nak rest buat beberapa hari sebelum start masak semula.
Nak di jadikan cerita, semalam aku sakit pulak......sakit kepala, sakit tekak & sakit seluruh badan....nak bangun pun tak larat. Lepas makan ubat, dalam pukul 9 malam...aku pun pengsan sampai pagi.....tak teringat pun tentang brownies yang sepatutnya aku siapkan malam semalam. So pagi tadi masa bangun tidur at around pukul 4.45 pagi tu aku rasa macam menggelabah gitu dan dengan tak membuang masa lepas aku siapkan sarapan untuk hubby & anak2 nak pergi kerja & sekolah, aku pun buatlah brownies tu.....alhamdulillah siap pun.....fuhhhhh.....

Thursday, August 14, 2008

Pulut Kuning & brownies ordered by Mrs Wahid



Hari Ahad 10 Aug. Mrs Wahid order brownies & pulut kuning. Last minute order.....alhamdulillah....sempat jugak siap......

Penatnya......

Hari Jumaat yang lepas kita ada tempahan untuk majlis nikah hennamylar.multiply.com . Dia order...


Custard Puff



Kari Ayam



Roti Jala


Puding Jagung



Puding Cendol



Coconut Blossom

Hubby bertungkus lumus tolong kita siapkan semua ni. Untuk satu malam tu dia cuma tidur lebih kurang 1 jam je...kita pun...pas tu siap jadi drebar lagi untuk delivery.....terimakasih suami ku....tanpa sokongan mu, aku tak sampai ke tahap ini....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails