Showing posts with label coretan ku. Show all posts
Showing posts with label coretan ku. Show all posts

Monday, February 2, 2009

Birthday Kek untuk Farhanah


On 27th January yang lalu, birthday my only daughter yang ke-15 thn. Memang tak ada celebration tapi seperti selalu kita akan bake kek sebab cousin, bibik, nenek & atuk semua bagi hadiah so kenalah kita buat kek untuk bagi pada mereka sebagai balasan. Tahun ni kita just buat butter cake perisa oren dan siram aje chocolate sauce kat atas...dan tidak dilupa...bubur merah bubur putih.......

Sup Tomyam


Dah lama tak buat sup tomyam, so last week bila hubby request, dengan senang hati kit buat...

Asam pedas ikan pari


Salam semua, dah lama jugak kita tak buat entry kat sini. Bukannya apa....maklumlah penyakit mim dah melanda.....tapi walaupun mim, masak tetap jalan terus.
So last week kita masak lauk asam pedas ikan pari & hubby requsted to taruk lady finger sekali, so dengan senang hatinya kia pun letaklah...tak payah masak sayur lagi...senang sikit kerja....

Tuesday, January 20, 2009

Borong coklat



Last Friday masa kita & hubby pergi hantar kuih kat Tuas, makcik kita yang kerja kat situ bilang kita yang kilang coklat yang berdekatan dengan tempat kerja dia adakan jualan warehouse so kita & hubby pun pergilah jenguk2. Jenguk punya jenguk, kira punya kira, rupa-rupanya boleh save sampai 80%....so apalagi kita pun boronglah.....ha sampai merengkek-rengkek nak pikul coklat tu tapi...berbaloi......

Friday, January 2, 2009

Holiday breakfast




Semalamkan hari cuti so kita terlebih rajinlah sikit...orang lain hari cuti bangun tidur lambat, tapi kita bangun pagi2 sebab nak siapkan breakfast yang konon2nya special gitu...
Kita buat Potato Casserolles, Cheddar Cheese Scrambled Eggs dan Sosej untuk keluarga yang tercinta. So layanlah yer...nanti kita postkan resepinya....

Monday, December 29, 2008

Epok-epok/karipap



Epok2/karipap ni kita buat last Friday. Ntah masa duduk2 tu ,terasa pulak nak makan epok. Terus je pergi dapur tengok kentang ada, daging kisar pun ada, so projek pun ber mula....
Nak cepat habis punya pasal...epok2 size xl kita buat.....



Saturday, December 13, 2008

Pisang goreng


Hari ini hubby dah mula cuti panjang, so dalam 10.00 pagi, kita, hubby & Aiman pergi JP. Then we had our brunch at the newly opened Burger King JP branch. Lepas tu balik sebab hubby nak pergi sembahyang Jumaat. Bila dah petang tu...duduk2 terbayang pulak pisang goreng. So apalagi kita pun suruhlah Farhanah turun pergi kedai econ beli sesisir pisang kepok dan tepung beras dan sementara tunggu dia balik kita pun standbykanlah teh tarik...huuu...nyaman bila makan pisang goreng dengan teh tarik......

Wednesday, December 10, 2008

Roti kirai


Roti kirai warna OREN, tengok macam kelakar pulak. So far belum pernah nampak roti kirai warna oren, selalunya warna kuning tapi hari ini kita buat warna oren sebab perwarna kuning kita dah habis....nasib baik ada warna oren, kalau tidak mau dia warna merah atau purple..hehehe...
Kita buat roti kirai ni pun si kecil Aiman tu yang minta, dari hari raya lagi dia suruh kita buat tapi kita tak ada masa. Memandangkan kuah dalca belen masak masa hari raya kelmarin masa ada lagi dalam fridge, senang sikit dah ada lauknya, kita tinggal buat adunan saja. Yang bestnya...Aiman kata oti kirai oren lagi sedap daripada yang kuning. Hmm...Aiman...Aiman...

Tuesday, December 9, 2008

Nasi Bryani & cupcakes


Semalam (Aidil Adha), kita masak nasi bryani dam, acar timun, dalca & ayam goreng



dan cupcakes untuk anak-anak sedara kita makan sebab dah lama kita tak buat cupcakes ni...design dia simple je sebab bila dah penat tu otak pun dah tak boleh nak fikir nak buat design yag cantik2.......so masa pergi rumah Mak & MIL kita bawaklah nasi bryani dan cuppies kita.


Thursday, November 20, 2008

Asam pedas ikan pari


Hari ini kita masak asam pedas ikan pari. Dah lama tak masak lauk ni, anak-anak pun suka tapi tak ada daun kesum sebab tadi kita suruh anak bujang kita pergi pasar beli sayur kobis dan daun kesum. Kobis dia beli tapi daum kesum dia kata dah habis...boleh gitu...kalau tak tahu cakaplah tak tahu jangan nak eksyen teror pulak. Hai...nasib baik kat luar ada pokok kari boleh kita letak daun kari. Kalau macam nikan kita rasa macam nak tanam daun kesum pulak kat pasu kat luar tu.... Apa-apa pun kita tak letak resepi asam pedas kita kat sini sebab kita tahu semua orang pandai masak asam pedas kan?

Monday, November 17, 2008

Siapa yang panggil................................

Ianya bermula pada Sabtu petang. Masa tu tengah mandi, so biasalah kalau mandi tutup pintu toilet & kunci. Masa tengah mandi tu...dengan bunyi air mengalir daripada shower menenggelamkan suara dari luar bilik mandi, kita dengar hubby panggil kita "Buk......". So kita jawablah..."aaah.....". Lepas tu senyap so kita teruskan mandi. Habis mandi, kita ingat hubby ada kat dalam bilik tunggu kita mungkin nak tanya sesuatu tapi dalam bilik tak ada orang. Bila dah siap kita keluar dan tanya hubby "tadi awak panggil kita ke?" dengan muka yang blurr dia kata tidak. Lepas tu kita buat bodoh je sebab kita ingat dia nak main-mainkan kita.

Semalam (hari Ahad) pagi masa kita mandi, kita dengar lagi "Buk...." tapi kali ni kita tak jawab sebab sebenarnya kita ni pantang kalau lagi kat dalam toilet orang panggil. Keluar toilet sekali lagi tengok bilik kosong tapi kita tak tanya hubby sebab kita tengah kelam-kabut nak siapkan sarapan.
Petang, waktu mandi....kita dengar lagi " Buk.....", masa tu macam meremang bulu roma.....apalagi...mandi cepat-cepat terus keluar dari bilik dan tanya hubby "awak panggil kita ke?" dia geleng kepala.
"Awak jangan main-mainkan kita tau! Awak panggil kitakan tadi?"
"Taklah...saya duduk sini je dari tadi...kalau tak caya tanya Fana"
"Betul lah Ibu, Ayah dari tadi kat sini je"
"Habis, sapa yang panggil Ibu tadi?"
" Sapa Ibu" Fana tanya kita
"ntah masa Ibu mandi dengar macam suara Ayah panggil Ibu"
"merepeklah..." kata hubby
"betull...semalam pun...tadi pagi pun..."
"eeii..Ibu jangan cakap lagi..saya takut"
"tak de lah agaknya bunyi dryer tak?" kata hubby
Lepas tu kita diam je sebab sebenarnya kita pun seram juga.... sampaikan tak boleh tidur kita malam semalam.

Pagi tadi...masa mandi, kita pun dah takut-takut juga tapi tawakallah orang kata...then...."Buk...." Ya Allah, meremang bulu roma kita.......dan pada masa tu juga kita perasan sesuatu............................................................................. ................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
rupa-rupanya bunyi tu datang dari botol shower foam kita.........yelah...masa kita tekan kepala dia....bila dia nak naik semula..bunyinya"buk....."(low voice).......kita pun apalagi.....terbahak-bahaklah sorang-sorang kat dalam toilet tu......hai....macam-macam......Bila kita ceritakan kat Fana...dia pun pergilah kat toilet kita dan tekan kepala shower foam kita.....lepas tu dia terbahak-bahak keluar dari toilet dan kata "Buk......."hehehe,,,,

Wednesday, July 30, 2008

Hey.....I'm back.......

Hmmm....macam dah lama gitu kita tak post entry kat sini. Bukan apa...kita penatlah sebab kebelakangan ni kita agak sibuk untuk memenuhi tempahan kuih-muih kita...alhamdulillah.....rezeki....
Minggu lepas, 24 Jul, kita siapkan tempahan untuk....

lasagna.....


brownies.......

& chicken pie.

Lepas tu pada 26 Jul pulak kita siapkan


mini chicken pie....


pulut kuning & bistik rusuk lembu (takde gambar) untuk besday anak sedara kita dan ahli keluarga yang sambut hari lahir pada bulan Julai ni...kita semua berkumpul kat rumah adik kita.

Thursday, June 12, 2008

Ayam masak lemak cilipadi


Hari ini atas permintaan anak-anak kita masak ayam lemak cilipadi. Hmmm..kalau nak ikutkan hati memang boring nak makan ayam tapi nak buat macam kan...anak2 punya pasal...

Jemput-Jemput Pisang


Pagi ni goreng jemput-jemput pisang ada orang sebut cikodok pisang..apapun tak kisahlah asalkan bendanya sama. Jemput-jemput pisang ni aku goreng untuk sarapan. Semalam suruh hubby beli pisang so sebelum tidur siapkan dulu adunan dan simpan dalam fridge. Pagi dalam pukul 5.15 gitu aku pun gorenglah supaya hubby boleh bawa pergi ke tempat kerja untuk sarapan. Goreng pagi-pagi sebab hubby keluar kerja pukul 6.00 pagi.

Wednesday, June 11, 2008

Hidangan hari ini

Hari ini masak Sup ayam untuk hubby.





Anak-anak pula memang tak nak makan masakan yang bersup dan tak pedas so untuk mereka, sotong masak hitam(tapi tak hitam sangatlah) jadi pilihan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails