Sunday, November 13, 2011

Bancaan (Kenduri doa selamat)



Salam, semalam I buat bancaan sikit untuk birthday Syaiful yg ke-21thn yg jatuh pada 11.11.11 & Aiman yg ke-9thn yg jatuh pada 15.11.11. Selalunya masak nasi minyak tapi kali ini I buat nasi ayam penyet tapi ayam tak penyek pun. So untuk sos I buat dua macam...1 sos ayam penyet yang pedas dan 1 lagi sos nasi ayam biasa yang tak berapa pedas supaya budak-budak yang tak cerewet boleh makan. Then ada juga chap cai, sambal fiahball + udang yg tak berapa besar tu dan juga sop bebola daging. My mak brought mee goreng dia yang power tu and my adik brought bubur kacang. Thanks to both of them.



I buat pulut kuning, cupcakes yang dihias oleh Farhanah, brownies, kuih kaswi, hoon kwee jagung dan pizza. Penatnya boleh tahan juga tapi happy sebab segalanya berjalan dengan lancar.




Cuma boring bila rumah macam tongkang pecah, orang setakat tolong ala kadar lepas tu pagi tadi tinggal pergi kerja and I ingat semalam bila dia kata dah cuci benda-benda besar tu...I ingat tinggal yang remeh temehlah utk I kemas...rupa-rupanya....haizz..cakap pun tak guna sebab semua I dah settle sendiri and it take more than half a day to do it. Nasib baik ada Farhanah, living room dia yang kemas....

Moral of the story...lain kali kalau nak kerja on the weekend, jangan buat kenduri....buat susah orang lain.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails