Friday, November 25, 2011

Kuih Lapis

Link

Dulu pernah juga cuba buat kuih lapis tapi selalu tidak menepati citarasa so bila jengok-jengok ke myresepi, nampak pulak resepi kuih ni semangat pun mulalah berkobar-kobar nak cuba dan kebetulan bahan-bahan pun cukup so dalam hujan lebat semalam I pun mulakanlah project ni dan end product sungguh memuaskan. lembut, kenyal dan sedap...... For the recipe I just copy paste fron here...


Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 inc. )

  • BAHAN A :-
  • 250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
  • 200 ml santan pekat (KARA)
  • 250 ml air + 1 sk garam
  • BAHAN B :-
  • 150 g tepung beras
  • 150 g tepung ubi (tapioca flour)
  • 20 g tepung pulut
  • 300 ml santan pekat (KARA)
  • 150 ml air
  • BAHAN C :-
  • beberapa pewarna pilihan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
  2. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  4. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.

Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails