Monday, April 9, 2012

Breakfast pizza



I buat breakfast pizza ni during the holiday last friday. Memang I nak buat heavy breakfast so bila hubby and my 2 boys pergi sholat jumaat tak berkeroncong perut bila dengar khutbah. For the original recipe they use frozen pizza base tapi I buat my pizza base sendiri. Kalau ikut tekak I, kalau makan macam tu je macam tak terasa gitu so I pun buat lah sos sendiri.

Breakfast pizza

2 medium size frozen pizza base
500g ground beef
1 cup frozen shredded hash brown potatoes, thawed
1 cup shredded Cheddar cheese
 3 eggs
 1/4 cup milk
 1/4 teaspoon pepper
 1/4 cup grated Parmesan cheese

Directions

In a skillet, brown ground beef over medium heat; drain and cool slightly.  Sprinkle ground beef, hash browns and cheddar cheese over pizza base. In a bowl, beat eggs, milk and pepper; pour over pizza. Sprinkle with Parmesan cheese.  Bake at 375 degrees for 28-30 minutes or until golden brown. Let stand 10 minutes before cutting.

Chilli sauce

1 bottle chilli sauce
 1/2 bottle tomato ketchup
 2 tbsp sugar (kalau kurang manis tambah gula lagi ye)
 1 tbsp dark soy sauce
 1 tsp mince garlic
 1/2 cup water (kalau pekat sangat tambah air)

Campur semua ingredients dan masak hingga mendidih. Sauce ni kalau makan with roti john or yong tau foo pun ok juga. For me I selalu buat lebih-lebih and simpan dalam fridge.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Coffee Chiffon Cake

Bake this cake petang tadi tapi I belum rasa lagi sebab perut tiba-tiba rasa tak sedap pulak tapi orang lain dah rasa dah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Kuih talam berlauk



Buat kuih ni semalam untuk dibawa ke rumah my mak.

    Talam berlauk
    Bahan A
    250 g daging cincang
    1 hiris halia - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    2 tsp rempah kari
    garam secukup rasa
    minyak utk menumis
 
    Bahan B
    250 g tepung beras
    garam secukup rasa
    1/2 tsp serbuk lada sulah
    1300 ml santan
  
    Bahan C
    bawang goreng
    tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
    batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)
    hirisan telur dadar
  
    Panaskan minyak dan masak bahan A dan separuh dari bahan C (tidak termasuk telur dadar hiris)  hingga kering.
    Satukan bahan B ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau
    Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak. Kukus selama 20 min atau hingga masak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 27, 2012

Pandan Chiffon Cake

Bake this cake today. Actually sejak seminggu yang lalu I tak berapa sihat and bila badan dah segar sikit...apalagi...project pun jalan terus...hehehe. Actually baking ni macam satu terapi untuk I. Setiap kali kalau fikiran berserabut atau murung baking akan buat I lupa segala masalah sekejap....;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

Kuih tako & coconut blossom

This was today's order. Actually this was last minutes order. Since I tak ada apa-apa plan this week...so I buatlah. Actually sekarang I dah tak ambil banyak order macam dulu-dulu lagi. Sekarang I just ambil order dari orang yang I kenal je like from friends and relatives je. But 2 weeks ago I ada ambil order from someone yang I tak kenal tapi since dia ni sedara kepada biras my sister, I ambil jugalah walaupun hati risau sebab I tak kenal dia. Tiba hari yang sepatutnya dia collect...with all the phone calls and excuses, I tunggu 2 hari dia tak sampai-sampai nak ambil kuih tu. And I ada prinsip yang product yang I jual mesti fresh and you just imagine kuih yang dia order dah tersadai for 2 days tentunya quality dah tak fresh and what if dia atau kaum keluarga dia makan then sakit perut ke nanti tentu dia salahkan I kan?

So after 2 hari dia tak collect jugak, I pum sms dia and tanya kenapa dia tak ambil kuih dia and dia kata Aunt dia sepatutnya dah collect. Pada masa tu I marah jugalah...ye lah hanya untuk sekotak kuih, I kena tunggu orang ambik sampai nak pergi pasar pun tak boleh sebab takut kalau orang datang I tak ada kat rumah. So bila dia kata dia nak ambik the next day....I dah tak boleh jual lagilah kuih tu bukan sebab I marah tapi sebab quality kuih yang dah tak lagi fresh tu. Mungkin bukan rezeki I masa tu tapi rezeki anak-anak saudara I....hehehe. So for me...moral of the story...lain kali mintak payment dulu sebelum confirm any order. By the way memang I dah tak nak ambik order dari orang yang I tak kenal.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 11, 2012

Busy busy busy


It's been a busy weekend for me. With orders for brownies, coconut blossom and cupcakes. I've been busy baking since Friday but I love every moment of it....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Kuih Layang-layang atau kuih tiram


Kuih ni biasanya kita panggil kuih layang2 dan seumur hidup kita memang kita hanya tahu yang nama kuih ini adalah kuih layang2 hinggalah pada suatu hari entah tak tahu bila, kita ternampak kuih ni di blog CMG barulah kita tahu yang kuih ni juga di kenali dengan nama kuih tiram. So begitulah ceritanya.... Buat kuih ini untuk "kletek'an" hubby kita and of course untuk anak-anak juga. Resipi kita ambil dari sini.
So kita copy paste jugalah resipinya....

Kuih Tiram

Bahan-bahan 
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**
Cara-cara

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails