Thursday, August 15, 2013

Selamat hari raya aidilfitri 2013

Salam, dah seminggu raya barulah kita berkesempatan nak menjenguk ke blog kita yang dah bersawang ni. Sempena bulan yang mulia ini kita nak mengucapkan selamat hari raya pada rakan-rakan dan juga silence reader kita semua.... Kita tahu walaupun tak berapa active berblog visitor counter blog kita ni tetap bergerak walaupun perlahan.... Alhamdulillah masih ada yg sudi menjenguk.... Terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ke sini...

Wednesday, July 3, 2013

Fruit tartlets

The last time that I make fruit tartlets was over 10 yrs ago. So bila my Aunt said that she wanted to order some kuih from me for her tahlil, I asked her kuih apa yg dia nak I buat? Then dia kata dia nak brownies and 1 more kuih but dia tak nak kuih melayu so laju je keluar dari my mulut...fruit tart ok tak? So ofcourse lah dia cakap ok kan? Bila dah tercakap tu tak bolehlah nak tarik balik kan? Then I fikir2...alamak dah lamanya tak buat fruit tart tapi alhamdulillah masih menggunakan resepi yg 10 tahun lalu dan jadi dan sedap pulak...so taruk gambar kat fb and ig and pelawalah kalau ada sape2 nak order and alhamdulillah since then dah 3 weeks in a row I've been making fruit tartlets but my anak semua dah jelak dah...

Tuesday, June 18, 2013

Pulut kuning for Father's day

Last weekend kita ada family retreats at Costa Sands Resort. So memang kebetulan kena dengan sambutan father's day, kita pun buatlah pulut kuning untuk bapa-bapa yg ada di situ. Sebenarnya bukan tak nak buat kek tapi semua dah tak doyan lagi nak makan kek sbb kita selalu sangat buat kek sampai mereka semua dah jelak nak makan. Kesiankan......hahaha

Saturday, June 1, 2013

Little niece 1st birthday cupcakes

Salam, yesterday was quite a busy day for me. In the morning met my girlfriends for breakfast. Walaupun  breakfast at Jurong Point  Shopping Centre yg dekat dengan my place, bila dah jumpa kawan2 ni memang masa tu macam iri hati gitu. Cepat sangat masa berlalu. Baru potpet sikit aje dah nak pukul 3 ptg....terpaksa kita balik dulu sebab ada projek yg harus diselesaikan dan alhamdulillah jadi juga akhirnya.

Projek kita adalah membuat cupcakes untuk birthday si kecil Zalfa Azahra. Kita just buatkan simple confetti cupcakes je. So today birthday dia tapi hari ini pun kita kena kelam kabut juga sebab sebelum ke AMK kita kena ke Masjid Assyakirin dulu untuk majlis haflah. Aiman cemerlang dalam peperiksaan madrasah tahun lalu so terpaksa pergi sebab ada orang nak ambil hadiah.....

Hahaha topic terkeluar dari tajuk.....


Thursday, May 23, 2013

Mother's day cake

Salam, agak lama juga kita merehatkan diri dari berblog ni. Memang lately kita sibuk sangat menguruskan rumahtangga so masa tak begitu mengizinkan...

Sebenarnya kita nak share kek hari ibu yg kita buat untuk mak kita masa hari ibu dua minggu lalu. It was a red velvet cake with buttercream frosting with rose motif all over the cake yg kita tengok dekat youtube macamana nak buat. It was so easy to decorate the cake and look so sweet and I am happy with the end result..


Wednesday, February 6, 2013

Tahu goreng

Salam, hari ini I nak share resepi tahu goreng yang I buat kelmarin. Normally kalau I buat tahu goreng untuk my hubby, mesti I campurkan tempeh goreng sekali sebab mmg dia suka jika ada tempeh dan kalau goreng tu mesti nak kena garing. Kalau tak kena komplen nanti. Hehehe kalau dah jawa tu...memanglah tak boleh lari dari tempeh


Bahan A

100-200g kacang tanah goreng yg telah dikisar

10 tangkai lada kering - digoreng didalam minyak panas sebentar(sekejap je tau, sbb ianya cepat hangus)

6-8 ulas bawang putih

1 sb asam jawa + 1/2 cwn air, diramas dan tapis airnya (boleh juga gunakan 2 sudu besar cuka + 1/2 cwn air)

1/4 cawan kicap manis

gula hitam secukup

garam secukup rasa

Bahan B

beberapa keping tahu, digoreng

taugeh - dicelur sebentar

timun - dihiris


Kisar lada kering yg telah digoreng bersama bawang putih. Campurkan semua bahan A dan masak hingga mendidih. Jika kuah kacang terlalu pekat tambahkan air. Jika kurang manis tambahkan gula pasir. Setelah siap kuah kacang, hidangkan bersama tahu, taugeh & timun.


Sunday, February 3, 2013

Mee rebus

Salam, hari ini I masak mee rebus je. Sebenarnya I dah janji dengan hubby weekend nak masak mee so suruh dia choose nak makan mee apa, dia pilih mee rebus. Actually I pernah post resepi mee rebus ni tapi I still nak post sekali lagi.


(kuah)

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu makan udang geragau kering, rendam selama 10-15 min & toskan

1 sudu makan taucho

kisar bahan2 diatas dan campurkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging

2 - 3 sudu makan kacang tanah goreng yg telah dikisar

2 batang serai, diketuk

200g tetelan, di potong kecil2

2 liter air

4 sudu makan tepung gandum di campur bersama 1 cawan air, kacau hingga sebati & tapis

Garam & gula ikut rasa

sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari daging hingga pecah minyak.Masukkan kacang dan serai kacau sebentar. Kemudian masukkan tetel, kacau dan masak selama 5 minit. Tuang air dan dengan api yang agak kecil, biarkan mendidih.Tambahkan garam & gula, kacau dan akhir sekali, kecilkan api dan tuangkan campuran tepung tadi sambil kacau kuah hingga pekat sedikit...dan biarkan mendidih...


bahan2

1kg mee kuning, dicelur

50 sen taugeh, dicelur

telur rebus

bahan2 taburan

2 keping tahu, digoreng dan potong dadu (I pakai taupok)

daun sup, dihiris

cili hijau, dihiris

limau kasturi, dibelah dua


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails