Tuesday, November 29, 2016

Cream cheese bluberry muffin

 Cream cheese bluberry muffins 
  • 250g cream cheese, softened
  • 100 g butter, softened
  • 1 egg, room temperature
  • 1/2 cup whipping cream
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1/2 cup white sugar
  • 3 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/3 cup fresh or frozen blueberries 
  • Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Lightly grease 12 muffin cups or use paper liners.
  • Beat cream cheese and butter together until fluffy. Beat in egg, cream and vanilla. Combine the flour, sugar, baking powder and salt. Stir flour mixture into cream cheese mixture until flour is moistened. Fold in blueberries . If your batter quite thick, that's the way it is. Spoon batter into prepared muffin cups filling them 3/4 full.
  • Bake in preheated oven until tops are golden, about 20 minutes.

Thursday, August 20, 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum.... lama sungguh kita mendiamkan diri eh...

Thursday, November 7, 2013

Kuih apam harum manis


Pagi tadi masa tengah kemas dapur, mata asyik terpandang 4 biji pisang masih tergantung dekat tepi oven tu...dalam hati kata ni kalau tak makan kejab lagi mesti pisang ni dah kat lantai dah sebab dah masak sangat tapi selepas beberapa hari asyik makan pisang je, tekak pun dah tak nak terima dah... So tiba-tiba teringat pulak macam nak buat apam harum manis sebab tak lama dulu masa MIL buat kenduri ada hamba Allah bawak kuih ni dan kita pun rasalah...sedap dan lembut...
Kita ikut resepi dari myresepi.com....tapi ada juga yg kita tweak sikit...
Apam harum manis
300g  gula melaka
350ml air
3 biji telur
180g gula castor
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu kecil esen vanila
50g mentega cair
8-9 biji pisang raja dihiris nipis bulat
Masak gula melaka dengan air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda.
Pukul telur dan gula hingga kembang /pekat. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan mentega cair, air gula dan esen vanila dan kacau hingga sebati dan tidak bergentel jika bergentel tapiskan adunan tadi.
Sapukan acuan2 kecil dengan mentega/minyak. Tuangkan Adunan tadi 1/2 penuh dan letak hirisan pisang di atasnya dan kukus selama 15-20 minit. Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.

Kuih keria keledek

Salam, salah satu kuih malayu yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sedap juga. Bahan-bahan untuk buat kuih keria ni pun tak banyak. Kita cuma perlukan ubi keledek, tepung gandum dan gula pasir campur sedikit air. Ubi keledek pun boleh digantikan dengan labu atau pun kentang....
Resepi yang akan kita lampirkan tidak ada sebarang sukatan sebab kita pernah buat kuih ini mengikut sukatan iaitu berapa gram ubi keledek dan berapa gram tepung yang harus kita gunakan dan hasilnya sangat menghampakan. Kuihnya menjadi keras. Jangankan anak2 malah kita sendiri pun tak lalu nak makan kuih tu. Jadi berdasarkan dari pengalaman, kita simpulkan nak buat kuih keria ni yang penting adalah bahannya...

Kuih keria keledek
Ubi keledek, campurkan sedikit garam dan rebus hingga empuk
Tepung gandum secukupnya
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air (2 atau 3 sudu besar)

Lenyekkan ubi keledek yang dah direbus tadi hingga lumat. Kita gunakan batu lesung je nak lumatkan. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga doh tidak melekat di sekeliling mangkuk pengadun. Kalau boleh jangan campurkan terlalu banyak tepung sebab kalau terlalu banyak campuran tepung, kuih akan jadi keras dan kalau keras tentulah tak sedap. Then ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut buat hingga habis dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.
Dalam kuali yang bersih campurkan gula pasir dan  air, masak hingga berbuih. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan hingga gula menjadi keras atau crystallised. Matikan api, angkat dan hidangkan.

Friday, November 1, 2013

Fruity kitkat nutella rainbow cake

Kek ini di order oleh rakan kita untuk anniversary dia.... Alhamdulillah sekarang kita makin sibuk memenuhi tempahan dari rakan2....

Tuesday, October 29, 2013

Kuih apam gandum

Sebenarnya project kita hari ini adalah cream puff. Beria-ia benar nak buat cream puff tapi tekak macam rasa tak nak makan cream puff pulak. So duduk lah kita termenung memikirkan apa yang kita nak buat untuk sarapan encik hubs esok dan juga untuk kita dan kawan2 sebab esok kita ada kelas agama. Dalam dok berfikir tu....jari pun sibuk menggooggle jugak maka terjumpalah resepi yang sangat mudah dan tak banyak bahan ni dan yang penting kita tahu encik hubs kita tu mesti suka punya :-) So. Di dalam hujan yang tak begitu lebat....bermulalah misi kita dan alhamdulillah....menjadi sangat kuih apam kita.... Puas hati... Kuihnya sangat lembut dan kenyal. So here's the recipe....

Kuih apam gandum
500g tepung gandum
1 cawan gula hitam
1 paket instant yeast + 1/2 cawan air dan larutkan
Sedikit garam
2-1/2 cawan air
Kelapa parut putih kukus bersama garam dan daun pandan 
Satukan tepung, gula dan garam di dalam satu bekas dan gaulkan hingga sebati. Buatkan lobang di tengah adunan tepung tadi dan tuangkan yeast yang telah dilarutkan bersama 2-1/2 cawan air tadi dan kacau dengan menggunakan hand mixer sehingga sebati dan tidak berbintil. Biarkan adunan naik dua kali ganda selama 1 jam dan kukus di dalam loyang 10x10" selama 40 minit.

Monday, October 28, 2013

Red velvet nutella cupcakes

A few weks ago, masa kita keluar dengan rakan2 rapat kita untuk meraikan hari lahir kita bersama rakan kita yang seorang lagi, kita buat red velvet cupcakes yang kita frost with nutella dan toppingnya kita letak sepotong coklat kinder bueno dan toblerone white chocolate dan kita taburkan marshmallows. Kalau tengok aje dah rasa macam terlalu manis kan? Tapi masa kita buat cupcakes tu kita kurangkan gula sedikit so taklah berapa manis.... So kita pack dalam satu kotak ada 4 biji cupcakes dan kita kasilah rakan2 kita sebagai buah tangan..... Memang kita rasa beruntung sebab dikurniakan Allah kebolehan dalam baking membaking ni sebab bila kita berjumpa dengan rakan2 kita ni tak payahlah kita nak beli apa untuk mereka....just bake something nice for them dan dengan cara itu, kita pun bolehlah promote product kita....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails