Friday, November 21, 2008

Macroni Goreng


Hari ini kita masak macroni goreng je. Seperti selalu hari Jumaat merupakan hari yang sibuk buat kita sebab kita nak kena siapkan tempahan kuih-muih. Jadi anak2 & suami pun faham bila tiba hari Jumaat kalau tempahan banyak maka jawabnya beli makan kat luar je...kalau tempahan tu kurang makanya kita masaklah hidangan yang simple2 je.....

Macroni Goreng Simple

1 paket macroni
200g daging kisar
2 keping fish cake, di hiris
100g isi udang
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada kisar (kalau suka pedas boleh lebihkan)
1 sdu teh kicap pekat (untuk naikkan warna)
garam/gula secukup rasa.

Didihkan air dan rebus macroni bersama 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh garam selama 10 minit. Angkat dan toskan.
Tumiskan bawang putih dan lada kisar hingga garing. Masukkan daging kisar dan masak hingga agak kering. Masukkan isi udang masak lagi dalam 2-3 minit dan masukkan fish cake. Masak hingga naik minyak. Masukkan garam, gula dan kicap pekat, kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan macroni yang telah direbus tadi dan gaulkan hingga rata.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails