Thursday, November 27, 2008

Petua di dapur

Hari ini kita nak kongsi petua-petua di dapur yang kita baca di akhbar pagi ni.

Mengetahui sama ada isi ikan lembut atau tidak
Patahkan ekor ikan (hati-hati agar penjual ikan tak nampak). Jika mudah dilakukan bermakna isi ikan itu lembut. Jika ekornya liat, ini bermakna isi ikan itu keras.

Menghilangkan hanyir ikan pari atau ikan duri
Rendam ikan bercampur air asam jawa selama 15 minit. Kemudian kikis kulit ikan sebelum disiang. Cuci hingga bersih dengan air bergaram.

Menghilangkan hanyir ikan haruan
Rendam ikan dengan air asam jawa selama satu jam sebelum disiang.

Menghilangkan bau hanyir ikan
Lumur ikan yang sudah disiang dengan sedikit tepung gandum atau tepung jagung dan perap selama 10 minit sebelum dibilas dengan air.

Menghilangkan lendir ikan air tawar
Ramas sedikit daun pisang bersama ikan yang telah disiang sebelum dicuci bersih.

Menghilangkan bau hanyir ikan sungai
Rendam ikan yang sudah disiang dengan air cucian beras selama beberapa minit sebelum dicuci bersih.

Menghilangkan bau hanyir di tangan selepas menyiang ikan
Cuci tangan kemudian lumur dengan sedikit halia yang ditumbuk halus sebelum dibilas dengan air.

Mengelakkan ikan pari berbau hancing
Rebus ikan dengan daun betik sehingga separuh masak sebelum dimasak lauk.

Mengenakkan lagi ikan panggang
Balut ikan yang sudah disiang dan dicuci bersih dengan daun kunyit. Kemudian perapkan dengan bahan pemerap. Bakar di atas bara api hingga ikan masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails