Friday, December 26, 2008

Sup ekor lembu



Bila dah selesai semua tempahan, sempat pulak kita masak sup ekor lembu. Dulu memang selalu masak sup ni tapi sejak dah jadi bisnes womwn ni memang dah jarang sangat kita masak. Sup kita ni ada mengunakan oats sebagai bahan pemekat sebab sup kalau pekat lepas tu cicah dengan roti...huh sedap..melekat....

Sup Ekor Lembu

1 kg ekor lembu, direbus hingga empuk (kita gunakan pressure cooker jadi cepat sikit)
1 labu bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 inci halia, dikisar
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
1/2 cawan oats
2 sudu makan rempah sup
4 batang celery, potong dadu
2 biji kentang, sebiji dibelah 4
2 batang carrot, dipotong kecil2
2 biji tomato, dibelah 4
garam
lada putih serbuk

Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan pelaga. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing. Masukkan ekor lembu bersama air rebusannya sekali dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan rempah sup dan oats dan kacau hingga sebati dan masukkan kentang, carrot dan celery masak hingga kentang empuk. Masukkan garam dan lada putih. Jika terlalu pekat tambahkan air, last sekali masukkan tomato.


Brownies, brownies,brownies, brownies, lasagna & lasagna







Pada 24 Dec. 08, seharian kita kat dapur siapkan brownies sampaikan mabuk bau coklat. Apa tak nya ada 4 kotak brownies yang harus disiapkan dan setiap satu berlainan topping. dan pada hari itu juga kita harus siapkan tempahan 8 tray lasagna. Nasib baik lasagna boleh siapkan malam sebelumnya lepas tu masuk fridge then on the actual day pagi-pagi buta dah mula membakar lasagna-lasagna itu. sambil tu 'on' lsgi satu oven, mission brownies pun bermula....




Tuesday, December 16, 2008

Ikan Goreng Masak Santan Berlada


Hari ini kita masak lauk ikan goreng masak santan berlada. Resepi ni sebenarnya Mak kita yang ajar tapi kita modified sikit. Hari ini kita gunakan ikan 'becok' dan lawan lauk ni, kita masak kangkong masak lemak...oopps...lemak lagi...hai...berlemak-lemaklah kita hari ini....


Ikan Goreng Masak Santan Berlada

Beberapa ekor/keping ikan goreng (tak kiralah ikan apa pun)
20 batang lada kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit serbuk
sedikit belacan
2-3 batang serai, di ketuk
1-2 keping asam gelugor
200ml santan + 1 cawan air (jika suka berkuah, lebihkan air)
garam, gula secukup rasa

Kisar lada, bawang, bawang putih, halia & belacan. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
Masukkan santan, asam gelugor, garam, gula dan serai dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan goreng dan biarkan hingga pekat.


Lemak Kangkong

Kuih dadar/ketayap gulung


Selalu juga kita buat kuih dadar tapi resepi yang kita cuba dari blog "Bro Rozzan" (tapi kita ada buat ubahsuai sikit) ni memang menjadi punya dan lembut sekali....

Ingredients:
150 g tepung gandum
450 ml santan (1 kotak kecil santan + 250ml air)
4 biji telur
1 sudu besar minyak makan
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Inti Kelapa
450 gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tpg jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220 ml air
50 gm gula tanjung
50 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Cara untuk membuat inti:
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga gula larut dan pekat sedikit. masukkan kelapa dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tpg jagung dan dikacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.


Directions:
Satukan telur, santan, minyak dan garam kacau hingga sebati. Tuangkan adunan santan+telur kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan aduk sedikit-sedikit agar adunan tepung kurang bergentel. Tapiskan adunan tepung tadi.

Gunakan kuali non-stick untuk membuat kulit kuih dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. Setelah masak, angkat dan isikan dgn inti kelapa.




Tips membuat kek

Tips ini kita ambil dari keratan akhbar minggu lepas dan kita nak share sebab kita ianya berguna untuk buat rujukan.

Teori membuat kek yang mudah diikuti:

Mulakan dengan membaca dan mengerti kandungan resepi dan diikuti dengan 'mengenal' bahan-bahan yang diperlukan.
Anda juga perlu tahu cara mengunnakan ketuhar kerana sebilangan besar produk yang dibuat mengunnakan ketuhar.
Bahan-bahan asas untuk membuat kek ialah tepung, telur, gula, memtega atau pun majerin.
Berikut cara mudah membuat kek:
1. Beli tepung kek atau rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan 'berpasir'.

2. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA.

3. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

4. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

5. Untuk membakar kek jenis ringan seperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celcius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit.
Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek, jika tekturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan kek di atas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk.

6. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
Untuk memastikan kek itu telah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek dan lidi harus kelihatan licin apabila ditarik keluar.
Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Monday, December 15, 2008

Roti pita & sloppy joes


Semalam kita sediakan roti pita bersama inti sloppy joes untuk dinner dan untuk melengkapkan kita goreng french fries. Roti pita pun kita beli je kat giant. Roti pita tu kita potong dua dan kita sumbat kanlah dengan mayonies, lettuce, tomato dan sloppy joes. Memang mengenyangkan makan ini. Kalau nak cuba kat bawah ni kita sertakan resepi sloppy joes yang kita ambil dari allrecipe.


Sloopy Joes

Ingredients:
1 kg ground beef/mutton
2 tablespoons cooking oil
1 cup chopped onion
2 clove garlic, minced
1 tomato, diced
1/2 teaspoon oregano
1/2 bottle chilli sauce
1/2 bottle tomato sauce
2 teaspoons brown sugar
salt/pepper to taste


Directions:
1. Heat oil in a skillet, add onion, garlic, tomato and oregano. Saute until onion is tender. add in ground meat and cook until the colour of the meat is slightly brown. Add in chilli and tomato sauce,brown sugar, salt and pepper. Cook until there no liquid left in the skillet. Ready to eat with hotdog/pita bun topped with mayonise.

Brownies, lompang & coconut blossoms




Hari Jumaat hingga Ahad yg lepas kita sibuk sangat sebab nak siapkan tempahan kuih-muih. Penat betul, nasib ada hubby yang sudi menolong..tak..bikin sorang-sorang boleh tercabut tangan.
Walau apa pun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails