Tuesday, December 16, 2008

Tips membuat kek

Tips ini kita ambil dari keratan akhbar minggu lepas dan kita nak share sebab kita ianya berguna untuk buat rujukan.

Teori membuat kek yang mudah diikuti:

Mulakan dengan membaca dan mengerti kandungan resepi dan diikuti dengan 'mengenal' bahan-bahan yang diperlukan.
Anda juga perlu tahu cara mengunnakan ketuhar kerana sebilangan besar produk yang dibuat mengunnakan ketuhar.
Bahan-bahan asas untuk membuat kek ialah tepung, telur, gula, memtega atau pun majerin.
Berikut cara mudah membuat kek:
1. Beli tepung kek atau rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan 'berpasir'.

2. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA.

3. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

4. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

5. Untuk membakar kek jenis ringan seperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celcius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit.
Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek, jika tekturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan kek di atas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk.

6. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
Untuk memastikan kek itu telah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek dan lidi harus kelihatan licin apabila ditarik keluar.
Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit.

1 comment:

UniMeOw said...

nice sharing!! :D
thx..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails