Monday, December 29, 2008

Epok-epok/karipap



Epok2/karipap ni kita buat last Friday. Ntah masa duduk2 tu ,terasa pulak nak makan epok. Terus je pergi dapur tengok kentang ada, daging kisar pun ada, so projek pun ber mula....
Nak cepat habis punya pasal...epok2 size xl kita buat.....



Friday, December 26, 2008

Sup ekor lembu



Bila dah selesai semua tempahan, sempat pulak kita masak sup ekor lembu. Dulu memang selalu masak sup ni tapi sejak dah jadi bisnes womwn ni memang dah jarang sangat kita masak. Sup kita ni ada mengunakan oats sebagai bahan pemekat sebab sup kalau pekat lepas tu cicah dengan roti...huh sedap..melekat....

Sup Ekor Lembu

1 kg ekor lembu, direbus hingga empuk (kita gunakan pressure cooker jadi cepat sikit)
1 labu bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 inci halia, dikisar
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
1/2 cawan oats
2 sudu makan rempah sup
4 batang celery, potong dadu
2 biji kentang, sebiji dibelah 4
2 batang carrot, dipotong kecil2
2 biji tomato, dibelah 4
garam
lada putih serbuk

Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan pelaga. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing. Masukkan ekor lembu bersama air rebusannya sekali dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan rempah sup dan oats dan kacau hingga sebati dan masukkan kentang, carrot dan celery masak hingga kentang empuk. Masukkan garam dan lada putih. Jika terlalu pekat tambahkan air, last sekali masukkan tomato.


Brownies, brownies,brownies, brownies, lasagna & lasagna







Pada 24 Dec. 08, seharian kita kat dapur siapkan brownies sampaikan mabuk bau coklat. Apa tak nya ada 4 kotak brownies yang harus disiapkan dan setiap satu berlainan topping. dan pada hari itu juga kita harus siapkan tempahan 8 tray lasagna. Nasib baik lasagna boleh siapkan malam sebelumnya lepas tu masuk fridge then on the actual day pagi-pagi buta dah mula membakar lasagna-lasagna itu. sambil tu 'on' lsgi satu oven, mission brownies pun bermula....




Tuesday, December 16, 2008

Ikan Goreng Masak Santan Berlada


Hari ini kita masak lauk ikan goreng masak santan berlada. Resepi ni sebenarnya Mak kita yang ajar tapi kita modified sikit. Hari ini kita gunakan ikan 'becok' dan lawan lauk ni, kita masak kangkong masak lemak...oopps...lemak lagi...hai...berlemak-lemaklah kita hari ini....


Ikan Goreng Masak Santan Berlada

Beberapa ekor/keping ikan goreng (tak kiralah ikan apa pun)
20 batang lada kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit serbuk
sedikit belacan
2-3 batang serai, di ketuk
1-2 keping asam gelugor
200ml santan + 1 cawan air (jika suka berkuah, lebihkan air)
garam, gula secukup rasa

Kisar lada, bawang, bawang putih, halia & belacan. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
Masukkan santan, asam gelugor, garam, gula dan serai dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan goreng dan biarkan hingga pekat.


Lemak Kangkong

Kuih dadar/ketayap gulung


Selalu juga kita buat kuih dadar tapi resepi yang kita cuba dari blog "Bro Rozzan" (tapi kita ada buat ubahsuai sikit) ni memang menjadi punya dan lembut sekali....

Ingredients:
150 g tepung gandum
450 ml santan (1 kotak kecil santan + 250ml air)
4 biji telur
1 sudu besar minyak makan
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Inti Kelapa
450 gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tpg jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220 ml air
50 gm gula tanjung
50 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Cara untuk membuat inti:
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga gula larut dan pekat sedikit. masukkan kelapa dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tpg jagung dan dikacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.


Directions:
Satukan telur, santan, minyak dan garam kacau hingga sebati. Tuangkan adunan santan+telur kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan aduk sedikit-sedikit agar adunan tepung kurang bergentel. Tapiskan adunan tepung tadi.

Gunakan kuali non-stick untuk membuat kulit kuih dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. Setelah masak, angkat dan isikan dgn inti kelapa.




Tips membuat kek

Tips ini kita ambil dari keratan akhbar minggu lepas dan kita nak share sebab kita ianya berguna untuk buat rujukan.

Teori membuat kek yang mudah diikuti:

Mulakan dengan membaca dan mengerti kandungan resepi dan diikuti dengan 'mengenal' bahan-bahan yang diperlukan.
Anda juga perlu tahu cara mengunnakan ketuhar kerana sebilangan besar produk yang dibuat mengunnakan ketuhar.
Bahan-bahan asas untuk membuat kek ialah tepung, telur, gula, memtega atau pun majerin.
Berikut cara mudah membuat kek:
1. Beli tepung kek atau rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan 'berpasir'.

2. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA.

3. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

4. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

5. Untuk membakar kek jenis ringan seperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celcius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit.
Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek, jika tekturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan kek di atas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk.

6. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
Untuk memastikan kek itu telah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek dan lidi harus kelihatan licin apabila ditarik keluar.
Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Monday, December 15, 2008

Roti pita & sloppy joes


Semalam kita sediakan roti pita bersama inti sloppy joes untuk dinner dan untuk melengkapkan kita goreng french fries. Roti pita pun kita beli je kat giant. Roti pita tu kita potong dua dan kita sumbat kanlah dengan mayonies, lettuce, tomato dan sloppy joes. Memang mengenyangkan makan ini. Kalau nak cuba kat bawah ni kita sertakan resepi sloppy joes yang kita ambil dari allrecipe.


Sloopy Joes

Ingredients:
1 kg ground beef/mutton
2 tablespoons cooking oil
1 cup chopped onion
2 clove garlic, minced
1 tomato, diced
1/2 teaspoon oregano
1/2 bottle chilli sauce
1/2 bottle tomato sauce
2 teaspoons brown sugar
salt/pepper to taste


Directions:
1. Heat oil in a skillet, add onion, garlic, tomato and oregano. Saute until onion is tender. add in ground meat and cook until the colour of the meat is slightly brown. Add in chilli and tomato sauce,brown sugar, salt and pepper. Cook until there no liquid left in the skillet. Ready to eat with hotdog/pita bun topped with mayonise.

Brownies, lompang & coconut blossoms




Hari Jumaat hingga Ahad yg lepas kita sibuk sangat sebab nak siapkan tempahan kuih-muih. Penat betul, nasib ada hubby yang sudi menolong..tak..bikin sorang-sorang boleh tercabut tangan.
Walau apa pun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


Saturday, December 13, 2008

Fried Fish Soup Noodle


Untuk dinner hari ini kita masak fried fish soup noodle. Makanan ni adalah kegemaran hubby dan sangat senang sekali untuk dimasak...


Fried Fish Soup Noodle

300g isi ikan dory
tepung jagung
1 sudu makan bawang putih cincang
1/2 sudu teh halia yang telah dikisar/tumbuk
2-3 kiub stok ikan
lada putih serbuk
garam
2 liter air
500g mee laksa, di celur
daun sup, di hiris,
daun bawang, di bersihkan dan potong panjang2
sambal belacan

Ikan dory dipotong kecil2, gaulkan bersama sedikit garam & lada putih serbuk, Panaskan minyak. Salut kan isi ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bawang putih dan halia. Masukkan air dan dan daun bawang dan dibiarkan hingga mendidih. Masukkan stok ikan, garam dan lada putih serbuk dan masak selama 2-3 minit lagi. Tutup api dan keluarkan daun bawang tadi dari dalam sup yang telah siap dimasak.


Cara untuk menghidang:

Taruh sedikit mee laksa yang telah dicelur tadi dan beberapa keping isi ikan yang sudah digoreng terlebih dahulu. Tuangkan sup, taburkan daun sup dan sedikit sambal belacan. Siap...dah boleh makan..

Pisang goreng


Hari ini hubby dah mula cuti panjang, so dalam 10.00 pagi, kita, hubby & Aiman pergi JP. Then we had our brunch at the newly opened Burger King JP branch. Lepas tu balik sebab hubby nak pergi sembahyang Jumaat. Bila dah petang tu...duduk2 terbayang pulak pisang goreng. So apalagi kita pun suruhlah Farhanah turun pergi kedai econ beli sesisir pisang kepok dan tepung beras dan sementara tunggu dia balik kita pun standbykanlah teh tarik...huuu...nyaman bila makan pisang goreng dengan teh tarik......

Wednesday, December 10, 2008

Roti kirai


Roti kirai warna OREN, tengok macam kelakar pulak. So far belum pernah nampak roti kirai warna oren, selalunya warna kuning tapi hari ini kita buat warna oren sebab perwarna kuning kita dah habis....nasib baik ada warna oren, kalau tidak mau dia warna merah atau purple..hehehe...
Kita buat roti kirai ni pun si kecil Aiman tu yang minta, dari hari raya lagi dia suruh kita buat tapi kita tak ada masa. Memandangkan kuah dalca belen masak masa hari raya kelmarin masa ada lagi dalam fridge, senang sikit dah ada lauknya, kita tinggal buat adunan saja. Yang bestnya...Aiman kata oti kirai oren lagi sedap daripada yang kuning. Hmm...Aiman...Aiman...

Tuesday, December 9, 2008

Nasi Bryani & cupcakes


Semalam (Aidil Adha), kita masak nasi bryani dam, acar timun, dalca & ayam goreng



dan cupcakes untuk anak-anak sedara kita makan sebab dah lama kita tak buat cupcakes ni...design dia simple je sebab bila dah penat tu otak pun dah tak boleh nak fikir nak buat design yag cantik2.......so masa pergi rumah Mak & MIL kita bawaklah nasi bryani dan cuppies kita.


Kek Lapis


Last week, kita buat Kek Lapis Batik Sutera yang kita ambil dari blog "Bro Rozzan" . Jadi tu memang jadi...tapi untuk dua lapisan terakhir tu kita lupa nak ketepikan dua senduk adunan plain so jadinya tak samalah macam Bro Rozzan punya dan tak berapa cantik pulak tu tapi sedap....

Thursday, December 4, 2008

Chewy Chocolate Chips Cookies


Cookies ni kita buat dah lama dah. Resepi dia kita ambil dari 'Allrecipes'.


Chewy Chocolate Chips Cookies

Ingredients:

* 2 cups all-purpose flour
* 1/2 teaspoon baking soda
* 1/2 teaspoon salt
* 3/4 cup unsalted butter, melted
* 1 cup packed brown sugar
* 1/2 cup white sugar
* 1 tablespoon vanilla extract
* 1 egg
* 2 cups semisweet chocolate chips


Directions:
1. Preheat the oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease cookie sheets or line with parchment paper.
2. Sift together the flour, baking soda and salt; set aside.
3. In a medium bowl, cream together the melted butter, brown sugar and white sugar until well blended. Beat in the vanilla, egg, and egg yolk until light and creamy. Mix in the sifted ingredients until just blended. Stir in the chocolate chips by hand using a wooden spoon. Drop cookie dough 1/4 cup at a time onto the prepared cookie sheets. Cookies should be about 3 inches apart.
4. Bake for 15 to 17 minutes in the preheated oven, or until the edges are lightly toasted. Cool on baking sheets for a few minutes before transferring to wire racks to cool completely.

Terutub Ikan bakar


Sebenarnya lauk ni kita masak minggu lalu tapi tak de masa nak post. Resepi ni kita ambil dari buku 'Resepi Ceria Keluarga' (warna). Kalau ikut resepi asal dorang gunakan ikan terubuk, tapi memandangkan kita tak suka ikan terubuk (sebab banyak tulang), kita tukarkan pada ikan pari tapi walau apapun yang pentingnya adalah rempahnya sebabnya ikan memang boleh ditukar ikut selera kita. Betul tak?

Terutub Ikan Bakar

1 ekor ikan terubuk
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering
2 batang serai
sedikit gula
sedikit belacan
air asam
3 biji limau kasturi
garam secukup rasa
2 helai dun kunyit
daun pisang untuk membungkus

Ikan disiang bersih. Bawang kecil, bawang putih, lada kering, serai dan belacan dikisar halus.
Kemudian masukkan gula, garam dan air asam pekat-pekat pada bahan kisar ini. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihiris halus.

Ikan pari dilumur dengan bahan2 yang telah dicampur tadi dan bungkus dengan daun pisang.

Panaskan kuali bertutup dan bubuh minyak sedikit sahaja. Setelah minyak panas, letakkan bungkusan ikan atas api yang sederhana atau kecil. Kuali ditutup dan masak selama kira-kira 15-20 minit.

Apabila hendak makan, buka daun pisang dan perahkan air limau keatasnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails