Tuesday, January 29, 2013

Paru belado

Salam, hari ini I nak share resepi paru belado yang I masak petang tadi.


1/2 kg paru, direbus kemudian dihiris dan goreng

1 biji tomato, dipotong dadu kecil2

5 batang cili merah, lebihkan jika suka pedas

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 batang serai diketuk

Beberapa helai daun limau purut

Gula &  garam secukupnya

Sedikit minyak masak untuk menumis


Dengan menggunakan grinder, kisarkan cili merah bawang besar dan bawang putih kalau nak gunakan batu lesung pun boleh sebab rempahnya memang kasar.

Tumiskan rempah yg telah di kisar tadi bersama tomato yang telah didadu kecil tadi, serai dan daun limau hingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan paru yang telah digoreng tadi gaulkan dan masak sebentar.


Monday, January 28, 2013

Daughter birthday

Yesterday was my daughter's birthday. Her 19th. So for her birthday I buatkan strawberry chocolate cupcakes with chocolate buttercream. Actually I thought of baking rainbow cupcakes tapi masa I try buat tu... my cupcakes macam tak naik gitu so I thought the culprit was the eggs so besoknya I pun belilah telur yg fresh and bigger too. So dengan berhati-hati I pun adunlah bahan-bahannya but this time I decided to bake strawberry chocolate instead of rainbow cupcakes. My 1st batch was quite dense and burned on the surface of the cakes. So I pun tertanya-tanya what happen to my oven? Then suddenly I remember that the other day when I baked kuih bakar kentang for the last 10 minutes tu I use grill untuk garingkan permukaan kuih tu and masa I bake my cupcakes I tak turn back the knob to normal baking... haizz.. no wonder my rainbow cupcakes tak menjadi sebab I grilled the instead of baking it. Dah tua betul I ni ya....


Since we all memang dah planned siang-siang nak go to my in laws place so I pun masaklah pulut kuning, rendang ayam, sambal goreng and sambal telur puyuh with fishball untuk bancaan sikit kat sana...


Friday, January 25, 2013

Mee putih

Salam, semalam kita masak mee putih je. Permintaan dari hubby. Actually kita ingat nak masak  chicken rice tapi masa kita kat bustop lagi tunggu bas nak pergi Jurong Point, hubby pun call. So kita pun tanya dia nak makan apa for dinner. Sebenarnya dia tak berapa suka kalau kita masak nasi hari2 jadi bila dia kata nak makan mee putih kita pun oklah. Actually kita pergi JP sebenarnya nak beli phone baru... hehehe.... Apa tu.. Galaxy S3...sebenarnya kita pakai Galaxy note and still pakai malah sayang sangat kat phone kita ni. S3 tu kita bagi kat hubby sebab katanya Galaxy note dia (dia pun pakai Note juga) dah outdated sebabnya adalah kerana phone dia tak boleh update ke Android ice cream sandwich macam kita punya hehe.


Ok actually kita nak share resepi mee putih tapi melalut pulak.  Mee putih kita ni simple je. Bahan utama adalah mee hoon dan bawang putih je. Yang lain2 tu ikut sukalah nak taruk apa.


1 bungkus mee hoon direndam dlm 1 jam gitu

2 sudu besar bawang putih yg dicincang halus

Serbuk lada sulah

2 sudu besar sos tiram

Hirisan daging secukupnya

Hirisan fish cake/crab stick

Sayur sawi dicuci bersih dan dipotong kecil


Tumiskan bawang putih. Masukkan hirisan daging dan masak hingga bertukar warna. Masukkan fish cake, sos tiram dan serbuk lada sulah dan kacau sebentar. Masukkan. 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa kacau dan masukkan mee hoon yg telah direndam tadi bersama sayur sawi dan gaulkan. Masak hingga mee hoon lembut. Jika perlu tambahkan air. Jika suka taburkan hirisan lada merah.


Wednesday, January 23, 2013

Blueberry cheese tart

Salam, hari ini kita relax je sebab anak kita si Aiman tu balik lambat so kita masak lambat sikitlah. So kalau dah relax tu, tangan pun gatal nak godeh hp dan ternampak pulalah gambar cheese tart yang kita buat last week. Resepinya kita ambil di myresepi.com. Ok jugalah tapi kita paling suka tart shells nya so here the recipe yang kita copy paste je..


PASTRY (resepi chef anuar)

160g butter

80g gula castor

1 st vanilla esen

sedikit garam

1 biji telur

250gm tepung gandum


BAHAN ISIAN CHEESE

250gm cream cheese (Philadelphia)

3/4 cwn gula icing

1 biji telur

1/2 cwn whipping cream

1 camca teh esen vanila

Blueberry filling secukupnya


*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater

utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda

hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan

ini kepada separuh.


Cara-cara

1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen

vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn

sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.

Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh

sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum

ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian

sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga

sebati

8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.

9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.

10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh

masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-

tengahnya

11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama

15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum

dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


Tuesday, January 22, 2013

Ikan mackerel goreng masak lemak

Salam, apa khabar?  Sebenarnya kita rasa quite  terharu bila kita tengok blog kita yg tak seberapa ni masih ada yg sudi menjenguknya.  Sebenarnya kita buka blog ni hanya untuk berkongsi resepi kita yg tak seberapa ini dan juga untuk membebel sendiri... Hehehe. Ok, skrg kita nak kongsi resepi yg sangat simple yg kita rasa banyak orang dah tahu macamana nak masak tapi takpe kita saja je nak letak kat sini.. :')


Ikan mackerel goreng masak lemak


Beberapa ekor ikan mackerel /kembong,  dibersihkan kemudian gaulkan bersama garam kunyit dan goreng hingga garing


2 biji bawang besar dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

1 inci halia dihiris

Beberapa biji cili padi diketuk, lebihkan jika suka pedas

2 batang serai diketuk

Beberapa helai daun limau purut atau daun kunyit

Sekeping asam gelugur

1 kotak santan kara

1 cawan air


Dengan menggunakan sedikit minyak dari bekas gorengan ikan tadi, tumiskan bawang, bawang putih,cili padi dan halia sehingga bawang besar layu. Masukkan serai, daun limau/kunyit, asam gelugur dan air serta santan dan kacau sebentar. Masukkan garam serta serbuk perasa jika suka dan biarkan mendidih dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan masak lagi selama lebih kurang 5 minit lagi.... Dan siap...


Red velvet cupcakes

Salam, kita ni kalau buat sesuatu resepi yang kalau tak menepati citarasa kita,  kita akan cari dan cuba resipi lain hinggalah kita puashati with the end product. So dalam tercari-cari resepi yang menepati citarasa kita ni... kita pun cuba resepi red velvet dari buku resepi Chef Siti Masturah Alwi and memang tidak mengecewakan.  Kita sangat puashati dengan hasilnya iaitu rasanya, texture dan juga warnanya...


Monday, January 21, 2013

Tahu kukus serunding ayam (chicken floss)

Actually kita dapat resepi tahu ni masa bulan Ramadan yang lalu dari akhbar Sunday Times.  Kalau nak ikutkan resipi dia,  tahu ni dimakan sejuk-sejuk... maknanya tidak di kukus terlebih dahulu...  Alahai... tak boleh telan lah kita kalau tak masak.  So kita pun kukus lah sekejap dalam 10 minit gitu. Kalau susah nak dapat chicken floss bolehlah tukar pada isi ayam kisar.


Tahu kukus serunding ayam


1 paket tahu lembut

Serunding ayam secukupnya

3 sudu besar minyak bawang goreng

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar minyak bijan

Chili flakes (optional)

Daun bawang hiris untuk taburan


Satukan minyak bawang goreng,  kicap cair & minyak bijan dan tuangkan ke atas tahu yang telah ditaruh ke dalam bekas yang tahan panas. Taburkan serunding di atas tahu dan jika suka pedas jangan lupa taburkan chili flakes di atasnya dan kukus selama 10 minit.  Setelah masak taburkan daun bawang yg telah dihiris.  Selamat mencuba...


Sunday, January 20, 2013

Roti

Late last year kita ambil breadmaking course with Chef Siti Masturah Alwi. Alhamdullilah...selepas kita belajar buat roti, roti yang kita buat memang lembut sangat. Buat roti gunakan breadmachine pun kalah. Sebenarnya buat ni bukan setakat uli then biarkan naik then bakar. Tidak....sebenarnya buat roti ni ada teknik2nya like berapa lama tepung tu harus diuli, berapa lama harus diproof and how to do the rounding dan macam2lah.

Memang rakan2 dan saudara ada yang kata..belajar ngan Chef Siti mahal kan? Tapi pada kita apa yang kita bayar tu memang berbaloi sangat2 sebab sekarang kita pun dah mula ambil order...Alhamdulillah...rezeki...


Kita kembali lagi....

Salam...dah lama kita menyepikan diri kan? Hahaha..bukan apa...apa orang kata? Mojo dah hilang...ha..macam tu lah kira2. Sekarang hati kita dah melonjak-lonjak nak berblog balik so kita harap bukan hangat2 tahi ayam sudahlah....dah...bye


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails