Wednesday, January 23, 2013

Blueberry cheese tart

Salam, hari ini kita relax je sebab anak kita si Aiman tu balik lambat so kita masak lambat sikitlah. So kalau dah relax tu, tangan pun gatal nak godeh hp dan ternampak pulalah gambar cheese tart yang kita buat last week. Resepinya kita ambil di myresepi.com. Ok jugalah tapi kita paling suka tart shells nya so here the recipe yang kita copy paste je..


PASTRY (resepi chef anuar)

160g butter

80g gula castor

1 st vanilla esen

sedikit garam

1 biji telur

250gm tepung gandum


BAHAN ISIAN CHEESE

250gm cream cheese (Philadelphia)

3/4 cwn gula icing

1 biji telur

1/2 cwn whipping cream

1 camca teh esen vanila

Blueberry filling secukupnya


*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater

utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda

hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan

ini kepada separuh.


Cara-cara

1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen

vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn

sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.

Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh

sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum

ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian

sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga

sebati

8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.

9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.

10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh

masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-

tengahnya

11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama

15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum

dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails