Salam, semalam kita masak mee putih je. Permintaan dari hubby. Actually kita ingat nak masak chicken rice tapi masa kita kat bustop lagi tunggu bas nak pergi Jurong Point, hubby pun call. So kita pun tanya dia nak makan apa for dinner. Sebenarnya dia tak berapa suka kalau kita masak nasi hari2 jadi bila dia kata nak makan mee putih kita pun oklah. Actually kita pergi JP sebenarnya nak beli phone baru... hehehe.... Apa tu.. Galaxy S3...sebenarnya kita pakai Galaxy note and still pakai malah sayang sangat kat phone kita ni. S3 tu kita bagi kat hubby sebab katanya Galaxy note dia (dia pun pakai Note juga) dah outdated sebabnya adalah kerana phone dia tak boleh update ke Android ice cream sandwich macam kita punya hehe.
Ok actually kita nak share resepi mee putih tapi melalut pulak. Mee putih kita ni simple je. Bahan utama adalah mee hoon dan bawang putih je. Yang lain2 tu ikut sukalah nak taruk apa.
1 bungkus mee hoon direndam dlm 1 jam gitu
2 sudu besar bawang putih yg dicincang halus
Serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
Hirisan daging secukupnya
Hirisan fish cake/crab stick
Sayur sawi dicuci bersih dan dipotong kecil
Tumiskan bawang putih. Masukkan hirisan daging dan masak hingga bertukar warna. Masukkan fish cake, sos tiram dan serbuk lada sulah dan kacau sebentar. Masukkan. 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa kacau dan masukkan mee hoon yg telah direndam tadi bersama sayur sawi dan gaulkan. Masak hingga mee hoon lembut. Jika perlu tambahkan air. Jika suka taburkan hirisan lada merah.
No comments:
Post a Comment