Thursday, November 19, 2009

Mee Rebus


Mee rebus...dah lama betul I tak masak mee rebus...bukan apa..asyik nak try resepi baru je so resepi lama pun dilupakan....hehehe...so bila duduk memikirkan apa nak masak hari ini ya....teringatlah pulak yang dah lama I tak masak mee rebus.... Apalagi terus bersiap...pergi pasar dan beli bahan-bahannya.....

Mee Rebus

(kuah)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan udang geragau kering, rendam selama 10-15 min & toskan
1 sudu makan taucho
kisar bahan2 diatas dan campurkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging
2 - 3 sudu makan kacang tanah goreng yg telah dikisar
2 batang serai, diketuk
200g tetelan, di potong kecil2
2 liter air
4 sudu makan tepung gandum di campur bersama 1 cawan air, kacau hingga sebati & tapis
Garam & gula ikut rasa
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari daging hingga pecah minyak.
Masukkan kacang dan serai kacau sebentar. Kemudian masukkan tetel, kacau dan masak selama 5 minit. Tuang air dan dengan api yang agak kecil, biarkan mendidih.
Tambahkan garam & gula, kacau dan akhir sekali, kecilkan api dan tuangkan campuran tepung tadi sambil kacau kuah hingga pekat sedikit...dan biarkan mendidih....

bahan2
1kg mee kuning, dicelur
50 sen taugeh, dicelur
telur rebus

bahan2 taburan
2 keping tahu, digoreng dan potong dadu (I pakai taupok)
daun sup, dihiris
cili hijau, dihiris
limau kasturi, dibelah dua

Hidangkanlah macam biasa.........

2 comments:

NJ said...

salam kenal dan ziarah nana..
nice blog..dan sedap2 menu kat sini..saya follow yer

Nana Sidek (Kak N) said...

Salam kenal....terima kasih sebab sudi nak follow...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails