Tuesday, July 15, 2008

Isi Ayam Dengan Sos Tiram & Cili Kering




Ingredients:
1/2 kg isi ayam (dada)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
3 cm halia (dihiris halus)
10-15 batang cili kering (digunting kecil2 lebihkurang 1 1/2 cm)
1 tin button/shitake mushroom (jika guna yang besar dipotong dua)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam


Directions:
Hiriskan isi ayam tipis2 dan gaulkan bersama sedikit garam, lada putih dan tepung jagung dan perap lebih kurang 15 minit.
Panaskan minyak dan goreng isi ayam selama lima minit dan angkat.
Menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering sehingga bawang besar layu dan masukkan mushroom dan kacaulah lebih kurang 2-3 minit dan masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat dan garam dan gaulkan sehingga sebati (tambahkan kicap pekat jika mahu warna lebih gelap) dan masak selama 5 - 8 minit lagi.

PS* Hidangan ini agak kering. Jika tak suka kering jangan goreng isi ayam terlebih dahulu tetapi terus masukkan isi ayam yang tidak bergoreng.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails