Sunday, July 13, 2008
Kek Span Gula Hangus (Kek Sarang Semut)
Semalam petang kta buat Kek Sarang Semut...mak mertua kita yang nak makan..dah lebih sebulan dia nak kek ni...barulah ni kita ada masa nak buat.....
So pagi tadi hubby pergi rumah dia kita suruhlah bawak sekali....fuhhh....lega sikit bila dah buat...takut-takut nanti dia kempunan pulak...
Kek Span Gula Hangus (Kek Sarang Semut)
450gm gula halus
120gm mentega
340ml air
10 biji kuning telur
7 biji putih telur
1 sudu kecil esen ros
1 sudu makan bicarbonate of soda
260gm tepung
1/2 tin susu pekat
Gula digoreng hingga kuning kecoklatan atas api yang kecil. Kemudian masukkan air dan mentega kacau hingga rata. Matikan api dan biarkan sejuk.
Telur, tepung, susu, biarbonate of soda dan esen rose dicampur dan gaul rata. Setelah itu dimasukkan air gula hangus yang telah sejuk tadi dan gaul lagi hingga rata dan tuang kedalam tin pembakar 11" x 11".
Tin pembakar hendaklah terlebih dahulu di sapu minyak di bawah dan tepi tin dan kemudian alaskan dengan aluminium foil agar kek tidak mudah hangus.
Bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment