Sajian untuk hari ini. Tak ada yang istimewa. Selalunya kalau I masak, biasanya I just use ramuan yang simple-simple je. So for asam pedas ni, I just put these into it...
5 - 6 potong ikan pari
Serai, diketuk
Daun kesum
Air asam jawa
Bahan kisar:-
Bawang besar
Bawang putih
Lada kering
Lada hitam
Sedikit belacan
Sedikit kunyit hidup, kalau kunyit serbuk pun boleh
Tumis bahan kisar hingga wangi (garing or naik minyak)
Masukkan air asam, ikan serai & daun kesum dan masak hingga mendidih. Last masukkan garam secukup rasa.
Untuk Sayur bayam goreng pula I just tumbuk ramuannya guna batu lesung iaitu bawang besar, bawang putih, cili padi (I pakai 1 - 2 batang je) & udang kering yang telah direndam terlebih dulu. So tumislah ramuan tu hingga garing dan masukkan sayur bayam yang dah disiang bersama garam secukup rasa. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air. Actually dengan ramuan ini boleh dimasak dengan sayur jenis lain juga seperti sawi, kobis, kangkung dan banyak lagi lah....
Published with Blogger-droid v2.0.1