Thursday, November 7, 2013

Kuih apam harum manis


Pagi tadi masa tengah kemas dapur, mata asyik terpandang 4 biji pisang masih tergantung dekat tepi oven tu...dalam hati kata ni kalau tak makan kejab lagi mesti pisang ni dah kat lantai dah sebab dah masak sangat tapi selepas beberapa hari asyik makan pisang je, tekak pun dah tak nak terima dah... So tiba-tiba teringat pulak macam nak buat apam harum manis sebab tak lama dulu masa MIL buat kenduri ada hamba Allah bawak kuih ni dan kita pun rasalah...sedap dan lembut...
Kita ikut resepi dari myresepi.com....tapi ada juga yg kita tweak sikit...
Apam harum manis
300g  gula melaka
350ml air
3 biji telur
180g gula castor
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu kecil esen vanila
50g mentega cair
8-9 biji pisang raja dihiris nipis bulat
Masak gula melaka dengan air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda.
Pukul telur dan gula hingga kembang /pekat. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan mentega cair, air gula dan esen vanila dan kacau hingga sebati dan tidak bergentel jika bergentel tapiskan adunan tadi.
Sapukan acuan2 kecil dengan mentega/minyak. Tuangkan Adunan tadi 1/2 penuh dan letak hirisan pisang di atasnya dan kukus selama 15-20 minit. Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.

Kuih keria keledek

Salam, salah satu kuih malayu yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sedap juga. Bahan-bahan untuk buat kuih keria ni pun tak banyak. Kita cuma perlukan ubi keledek, tepung gandum dan gula pasir campur sedikit air. Ubi keledek pun boleh digantikan dengan labu atau pun kentang....
Resepi yang akan kita lampirkan tidak ada sebarang sukatan sebab kita pernah buat kuih ini mengikut sukatan iaitu berapa gram ubi keledek dan berapa gram tepung yang harus kita gunakan dan hasilnya sangat menghampakan. Kuihnya menjadi keras. Jangankan anak2 malah kita sendiri pun tak lalu nak makan kuih tu. Jadi berdasarkan dari pengalaman, kita simpulkan nak buat kuih keria ni yang penting adalah bahannya...

Kuih keria keledek
Ubi keledek, campurkan sedikit garam dan rebus hingga empuk
Tepung gandum secukupnya
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air (2 atau 3 sudu besar)

Lenyekkan ubi keledek yang dah direbus tadi hingga lumat. Kita gunakan batu lesung je nak lumatkan. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga doh tidak melekat di sekeliling mangkuk pengadun. Kalau boleh jangan campurkan terlalu banyak tepung sebab kalau terlalu banyak campuran tepung, kuih akan jadi keras dan kalau keras tentulah tak sedap. Then ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut buat hingga habis dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.
Dalam kuali yang bersih campurkan gula pasir dan  air, masak hingga berbuih. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan hingga gula menjadi keras atau crystallised. Matikan api, angkat dan hidangkan.

Friday, November 1, 2013

Fruity kitkat nutella rainbow cake

Kek ini di order oleh rakan kita untuk anniversary dia.... Alhamdulillah sekarang kita makin sibuk memenuhi tempahan dari rakan2....

Tuesday, October 29, 2013

Kuih apam gandum

Sebenarnya project kita hari ini adalah cream puff. Beria-ia benar nak buat cream puff tapi tekak macam rasa tak nak makan cream puff pulak. So duduk lah kita termenung memikirkan apa yang kita nak buat untuk sarapan encik hubs esok dan juga untuk kita dan kawan2 sebab esok kita ada kelas agama. Dalam dok berfikir tu....jari pun sibuk menggooggle jugak maka terjumpalah resepi yang sangat mudah dan tak banyak bahan ni dan yang penting kita tahu encik hubs kita tu mesti suka punya :-) So. Di dalam hujan yang tak begitu lebat....bermulalah misi kita dan alhamdulillah....menjadi sangat kuih apam kita.... Puas hati... Kuihnya sangat lembut dan kenyal. So here's the recipe....

Kuih apam gandum
500g tepung gandum
1 cawan gula hitam
1 paket instant yeast + 1/2 cawan air dan larutkan
Sedikit garam
2-1/2 cawan air
Kelapa parut putih kukus bersama garam dan daun pandan 
Satukan tepung, gula dan garam di dalam satu bekas dan gaulkan hingga sebati. Buatkan lobang di tengah adunan tepung tadi dan tuangkan yeast yang telah dilarutkan bersama 2-1/2 cawan air tadi dan kacau dengan menggunakan hand mixer sehingga sebati dan tidak berbintil. Biarkan adunan naik dua kali ganda selama 1 jam dan kukus di dalam loyang 10x10" selama 40 minit.

Monday, October 28, 2013

Red velvet nutella cupcakes

A few weks ago, masa kita keluar dengan rakan2 rapat kita untuk meraikan hari lahir kita bersama rakan kita yang seorang lagi, kita buat red velvet cupcakes yang kita frost with nutella dan toppingnya kita letak sepotong coklat kinder bueno dan toblerone white chocolate dan kita taburkan marshmallows. Kalau tengok aje dah rasa macam terlalu manis kan? Tapi masa kita buat cupcakes tu kita kurangkan gula sedikit so taklah berapa manis.... So kita pack dalam satu kotak ada 4 biji cupcakes dan kita kasilah rakan2 kita sebagai buah tangan..... Memang kita rasa beruntung sebab dikurniakan Allah kebolehan dalam baking membaking ni sebab bila kita berjumpa dengan rakan2 kita ni tak payahlah kita nak beli apa untuk mereka....just bake something nice for them dan dengan cara itu, kita pun bolehlah promote product kita....

Friday, October 25, 2013

Chit-chat di pagi hari

Sejak kebelakangan ni, kita tengok trend blogger hiburan sekarang sangat suka memaparkan keaiban artis. Adakah dengan mengaibkan orang lain membawa traffic yang tinggi untuk blog mereka? Memang kita suka membaca blog2 hiburan tetapi makin lama kita jadi takut untuk membacanya sebab tak pasal2 kita jadi bersubahat dengan mereka. Tahukah mereka dengan perbuatan mereka itu ia ibarat menghasut. Menghasut para pembaca blog mereka untuk mengutuk dan mencerca artis tersebut yang sebenarnya kita tak tahu apa yang mereka lakukan disebalik apa yang digambarkan. Tahukah semua bahawa setiap kutukan yang diberikan Allah menganugerahkan pahala pada yang dikutuk tetapi dosa pada yang mengutuk (walaupun jika kita berada di pihak yang benar) ? Kita ni pun bukanlah baik sangat pun tapi sebelum kita nak mencerca atau mengutuk orang.....cerminlah diri sendiri..... Sebenarnya kita kesian kat seorang artis dan teman lelaki dia yang teruk dikutuk dan dihina kerana sebab satu statement dari teman lelaki si artis tersebut. Memanglah kata2 lelaki tu bernada angkuh tapi adakah itu memberikan kita kebenaran untuk mengutuk dan menghina? Haish....apalah kita ni...pagi dah nak membebel padahal bukan ada kena mengena pun dengan kita tapi itulah.... Pada bloggers hiburan, berpada-padalah dalam memaparkan sesuatu artikel sebab kita percaya ramai di antara mereka bukan setakat suka2 berblog tetapi sudah menjadi sumber rezeki buat mereka. Jangan sampai memberi makan kepada keluarga dengan rezeki yang datang dari sumber tidak baik.... Sekadar buat renungan bersama....

Tuesday, October 22, 2013

Meatloaf and butter rice




Beberapa hari yang lalu masa berbual dengan kawan kita, dia ada beritahu kita macamana nak buat butter rice. Ala macam nasi yang selalu kalau kita makan western food at food court then sometimes they serve like chicken chops with rice gitu....  Kita sangat teruja nak try sebab Aiman memang suka makan nasi yang ada flavour. So kita pun buatlah untuk dinner hari ini. Mula2 tu kita ingat nak buat swedish meatball with black pepper sauce to go with it tapi kita tukar fikiran pulak....memandangkan kita dah lama tak buat meatloaf so I decided to go with meatloaf instead. Lagi pun buat meatloaf lebih senang daripada meatball  sebab tak payah nak gentel satu2 then nak goreng sekejap then taruk dalam oven lagi....quite lecehlah. Meatloaf senang saja...mixed aje semua ingredients then put everything in loaf pan then wait for 1 hr dah siap... Kita ambil recipe ni dari sini


Meatloaf (allrecipes,com)

ngredients:
1 1/2 pounds ground beef
1 egg
1 onion, chopped
1 cup milk
1 cup dried bread crumbs
salt and pepper to taste
2 tablespoons brown sugar
2 tablespoons prepared mustard
1/3 cup ketchup
Directions:
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2. In a large bowl, combine the beef, egg, onion, milk and bread OR cracker crumbs. Season with salt and pepper to taste and place in a lightly greased 5x9 inch loaf pan, OR form into a loaf and place in a lightly greased 9x13 inch baking dish.
3. In a separate small bowl, combine the brown sugar, mustard and ketchup. Mix well and pour over the meatloaf.
4. Bake at 350 degrees F (175 degrees C) for 1 hour.  
And for butter rice kita just tumiskan kayu manis dan daun pandan dengan sedikit butter campur minyak masak then kita masukkan beras dan airsecukupnya dan masak nasi seperti biasa kalau suka boleh juga campurkan dgn vegetables stock. Bila nasi sudah tanak gaulkan dengan sedikit butter lagi... Next time kalau kita buat lagi, kita nak add beberapa titik warna kuning so cantik sikit nasinya...



Zebra cheesecake




Sejak mata terpandangkan resepinya memanglah teringatkan japanese cheesecake sebab resepi dia memang sebijik...hehehe.... Dah lama jugak mengidam kek ni dah akhirnya pada sabtu lepas tercapailah cita-cita nak buat dan makan kek ini.. So here's the recipe... 

50g/2 ozs butter
250g/9 ozs cream cheese
100 ml/3 fl ozs milk
60g/2 ozs plain flour
20g/1 oz cornflour
1/4 teaspoon salt
1 tablespoon lemon juice
150g/5 ozs fine granulated sugar
6 eggs separated
1/4 tsp. cream of tartar
2 tablespoons Dutch process Cocoa or any other cocoa powder

Instructions: 1. Prepare cake tin. Lightly grease and line the bottom and sides of a round 12 inch springform tin with greaseproof baking paper or parchment paper). Wrap two layers of foil around the tin to prevent water seeping in. Find a large baking dish that will fit the springform tin. Fill the empty baking dish 1/4 of the way full with water and place the baking dish with water (don’t put the lined springform tin in just yet) in the centre rack of an oven and switch it on to 160C/325F.
2. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler-use whisk to get out any lumps. Cool the mixture over an ice bath. Fold in the flour, the cornflour, 6 egg yolks, lemon juice and mix well. Whisk 6 egg whites with cream of tartar until foamy. Add in the sugar and whisk until soft peaks form and there is no liquid egg white at the bottom.
 3. Add one third of the egg white mixture to the cheese mixture to loosen. Then add the rest in third batches and mix well and ensure that the egg whites are thoroughly combined gently by folding-there should be no streaks at all. Divide the batter evenly in two and in one bowl, sift the cocoa in it and combine well using a folding action.The most important thing is that the two batters must be of the same consistency for this cake to work

Kuih nagasari pisang




Salam, agak lama jugak kita tak buat kuih melayu sejak bulan puasa yg lalu on sunday kita buatlah kuih nagasari atas permintaan hero kecik kita....actually hero tua pun suka jugak....hehehe. So kat sini kita taruk sekali resepi kuih nagasari tu. Biasalah kalau nak cari resepi kita mintak tolong encik Google tapi kita ada tokok tambah pada resepi yg asal and yg kat bawah ni ada resepi yg telah dimodified oleh kita

Kuih nagasari pisang
Bahan-bahannya:
300 g tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
200 g gula pasir
1650 ml santan dari 500ml santan kotak
1 sk garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan - disimpul secukup pisang raja di belah
2 daun pisang dilayukan

Campurkan tepung beras, tepung jagung ,gula,garam,santan dan daun pandan dan masak hingga pekat. Ambil sekeping daun pisang dan bubuh 2 sudu makan adunan,letakkan sekeping pisang dan bubuh lagi dengan 1 sudu makan adunan,ratakan dan bungkus kemas2.Kukus hingga masak lebih kurang 20 min. Sejukkan kuih dan hidangkan.

Saturday, October 19, 2013

Kit kat cake





Lately kit kat cake menjadi kegilaan kita....semua ni bermula dari Farhanah yang buatkan kek ini untuk birthday kawan dia dan si Ibu ni pun menyibuklah jugak.....hehehe. Then pergi youtube pulak tengok macamana nak buat.... Alahai senang rupanya....asalkan tahu buat kek jadi lah dia cuma perlukan sedikit creativity.... Alhamdulillah ada juga kawan2 yang tempah....

Kek birthday kita and hubby

Bulan October kita ada double birthday...birthday kita and birthday hubby. Kita on the 1st & hubby pulak on the 4th. So biasalah bday kita takkan kita nak buat kek pulakkan? So anak2 lah yg belikan kita kek yg comel tapi on my hubby's bday kita buatkan dia red velvet cake with cream cheese frosting and marshmallows topping....

Juadah hari raya haji

Salam, dah lama kita tak buat entry untuk blog kita yang satu ni.....ye lah sekarang kita quite busy mengambil tempahan kek dan kuih-muih. Sempena hari raya haji yg lalu, kita masak nasi beriani  untuk hidangan keluarga kita. Rasanya  macam dah lama tak buat nasi beriani ikut resepi mak kita so kita pun masaklah untuk raya dan menjadilah jugak.... Kita masak nasi beriani berlaukkan daging beriani, ayam masak merah dan acar telur puyuh...

Thursday, August 15, 2013

Selamat hari raya aidilfitri 2013

Salam, dah seminggu raya barulah kita berkesempatan nak menjenguk ke blog kita yang dah bersawang ni. Sempena bulan yang mulia ini kita nak mengucapkan selamat hari raya pada rakan-rakan dan juga silence reader kita semua.... Kita tahu walaupun tak berapa active berblog visitor counter blog kita ni tetap bergerak walaupun perlahan.... Alhamdulillah masih ada yg sudi menjenguk.... Terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ke sini...

Wednesday, July 3, 2013

Fruit tartlets

The last time that I make fruit tartlets was over 10 yrs ago. So bila my Aunt said that she wanted to order some kuih from me for her tahlil, I asked her kuih apa yg dia nak I buat? Then dia kata dia nak brownies and 1 more kuih but dia tak nak kuih melayu so laju je keluar dari my mulut...fruit tart ok tak? So ofcourse lah dia cakap ok kan? Bila dah tercakap tu tak bolehlah nak tarik balik kan? Then I fikir2...alamak dah lamanya tak buat fruit tart tapi alhamdulillah masih menggunakan resepi yg 10 tahun lalu dan jadi dan sedap pulak...so taruk gambar kat fb and ig and pelawalah kalau ada sape2 nak order and alhamdulillah since then dah 3 weeks in a row I've been making fruit tartlets but my anak semua dah jelak dah...

Tuesday, June 18, 2013

Pulut kuning for Father's day

Last weekend kita ada family retreats at Costa Sands Resort. So memang kebetulan kena dengan sambutan father's day, kita pun buatlah pulut kuning untuk bapa-bapa yg ada di situ. Sebenarnya bukan tak nak buat kek tapi semua dah tak doyan lagi nak makan kek sbb kita selalu sangat buat kek sampai mereka semua dah jelak nak makan. Kesiankan......hahaha

Saturday, June 1, 2013

Little niece 1st birthday cupcakes

Salam, yesterday was quite a busy day for me. In the morning met my girlfriends for breakfast. Walaupun  breakfast at Jurong Point  Shopping Centre yg dekat dengan my place, bila dah jumpa kawan2 ni memang masa tu macam iri hati gitu. Cepat sangat masa berlalu. Baru potpet sikit aje dah nak pukul 3 ptg....terpaksa kita balik dulu sebab ada projek yg harus diselesaikan dan alhamdulillah jadi juga akhirnya.

Projek kita adalah membuat cupcakes untuk birthday si kecil Zalfa Azahra. Kita just buatkan simple confetti cupcakes je. So today birthday dia tapi hari ini pun kita kena kelam kabut juga sebab sebelum ke AMK kita kena ke Masjid Assyakirin dulu untuk majlis haflah. Aiman cemerlang dalam peperiksaan madrasah tahun lalu so terpaksa pergi sebab ada orang nak ambil hadiah.....

Hahaha topic terkeluar dari tajuk.....


Thursday, May 23, 2013

Mother's day cake

Salam, agak lama juga kita merehatkan diri dari berblog ni. Memang lately kita sibuk sangat menguruskan rumahtangga so masa tak begitu mengizinkan...

Sebenarnya kita nak share kek hari ibu yg kita buat untuk mak kita masa hari ibu dua minggu lalu. It was a red velvet cake with buttercream frosting with rose motif all over the cake yg kita tengok dekat youtube macamana nak buat. It was so easy to decorate the cake and look so sweet and I am happy with the end result..


Wednesday, February 6, 2013

Tahu goreng

Salam, hari ini I nak share resepi tahu goreng yang I buat kelmarin. Normally kalau I buat tahu goreng untuk my hubby, mesti I campurkan tempeh goreng sekali sebab mmg dia suka jika ada tempeh dan kalau goreng tu mesti nak kena garing. Kalau tak kena komplen nanti. Hehehe kalau dah jawa tu...memanglah tak boleh lari dari tempeh


Bahan A

100-200g kacang tanah goreng yg telah dikisar

10 tangkai lada kering - digoreng didalam minyak panas sebentar(sekejap je tau, sbb ianya cepat hangus)

6-8 ulas bawang putih

1 sb asam jawa + 1/2 cwn air, diramas dan tapis airnya (boleh juga gunakan 2 sudu besar cuka + 1/2 cwn air)

1/4 cawan kicap manis

gula hitam secukup

garam secukup rasa

Bahan B

beberapa keping tahu, digoreng

taugeh - dicelur sebentar

timun - dihiris


Kisar lada kering yg telah digoreng bersama bawang putih. Campurkan semua bahan A dan masak hingga mendidih. Jika kuah kacang terlalu pekat tambahkan air. Jika kurang manis tambahkan gula pasir. Setelah siap kuah kacang, hidangkan bersama tahu, taugeh & timun.


Sunday, February 3, 2013

Mee rebus

Salam, hari ini I masak mee rebus je. Sebenarnya I dah janji dengan hubby weekend nak masak mee so suruh dia choose nak makan mee apa, dia pilih mee rebus. Actually I pernah post resepi mee rebus ni tapi I still nak post sekali lagi.


(kuah)

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu makan udang geragau kering, rendam selama 10-15 min & toskan

1 sudu makan taucho

kisar bahan2 diatas dan campurkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging

2 - 3 sudu makan kacang tanah goreng yg telah dikisar

2 batang serai, diketuk

200g tetelan, di potong kecil2

2 liter air

4 sudu makan tepung gandum di campur bersama 1 cawan air, kacau hingga sebati & tapis

Garam & gula ikut rasa

sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari daging hingga pecah minyak.Masukkan kacang dan serai kacau sebentar. Kemudian masukkan tetel, kacau dan masak selama 5 minit. Tuang air dan dengan api yang agak kecil, biarkan mendidih.Tambahkan garam & gula, kacau dan akhir sekali, kecilkan api dan tuangkan campuran tepung tadi sambil kacau kuah hingga pekat sedikit...dan biarkan mendidih...


bahan2

1kg mee kuning, dicelur

50 sen taugeh, dicelur

telur rebus

bahan2 taburan

2 keping tahu, digoreng dan potong dadu (I pakai taupok)

daun sup, dihiris

cili hijau, dihiris

limau kasturi, dibelah dua


Friday, February 1, 2013

Mint chocolate chips muffins

Salam,  yesterday I buat mint chocolate chips muffins untuk hubby and anak-anak buat sarapan dan untuk bekal ke tempat kerja dan sekolah. So here's the recipe...


340g all purpose flour

2 tsp baking powder

1/2 tsp salt

200g chocolate chips

200g sugar

100g butter, softened

2 eggs

190ml fresh milk

Green colouring

1 or 2 drops of peppermint essence


In a mixing bowl, beat sugar and butter until creamy. Add in eggs and beat until just mix. Add in milk, food colouring and peppermint essence mix well and last fold in flour, baking powder, salt and half of the amount of the chocolate chips. Scoop batter into muffin cups and sprinkle with the remaining chocolate chips.  Bake at 170 deg c for 20 minutes .


Tuesday, January 29, 2013

Paru belado

Salam, hari ini I nak share resepi paru belado yang I masak petang tadi.


1/2 kg paru, direbus kemudian dihiris dan goreng

1 biji tomato, dipotong dadu kecil2

5 batang cili merah, lebihkan jika suka pedas

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 batang serai diketuk

Beberapa helai daun limau purut

Gula &  garam secukupnya

Sedikit minyak masak untuk menumis


Dengan menggunakan grinder, kisarkan cili merah bawang besar dan bawang putih kalau nak gunakan batu lesung pun boleh sebab rempahnya memang kasar.

Tumiskan rempah yg telah di kisar tadi bersama tomato yang telah didadu kecil tadi, serai dan daun limau hingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan paru yang telah digoreng tadi gaulkan dan masak sebentar.


Monday, January 28, 2013

Daughter birthday

Yesterday was my daughter's birthday. Her 19th. So for her birthday I buatkan strawberry chocolate cupcakes with chocolate buttercream. Actually I thought of baking rainbow cupcakes tapi masa I try buat tu... my cupcakes macam tak naik gitu so I thought the culprit was the eggs so besoknya I pun belilah telur yg fresh and bigger too. So dengan berhati-hati I pun adunlah bahan-bahannya but this time I decided to bake strawberry chocolate instead of rainbow cupcakes. My 1st batch was quite dense and burned on the surface of the cakes. So I pun tertanya-tanya what happen to my oven? Then suddenly I remember that the other day when I baked kuih bakar kentang for the last 10 minutes tu I use grill untuk garingkan permukaan kuih tu and masa I bake my cupcakes I tak turn back the knob to normal baking... haizz.. no wonder my rainbow cupcakes tak menjadi sebab I grilled the instead of baking it. Dah tua betul I ni ya....


Since we all memang dah planned siang-siang nak go to my in laws place so I pun masaklah pulut kuning, rendang ayam, sambal goreng and sambal telur puyuh with fishball untuk bancaan sikit kat sana...


Friday, January 25, 2013

Mee putih

Salam, semalam kita masak mee putih je. Permintaan dari hubby. Actually kita ingat nak masak  chicken rice tapi masa kita kat bustop lagi tunggu bas nak pergi Jurong Point, hubby pun call. So kita pun tanya dia nak makan apa for dinner. Sebenarnya dia tak berapa suka kalau kita masak nasi hari2 jadi bila dia kata nak makan mee putih kita pun oklah. Actually kita pergi JP sebenarnya nak beli phone baru... hehehe.... Apa tu.. Galaxy S3...sebenarnya kita pakai Galaxy note and still pakai malah sayang sangat kat phone kita ni. S3 tu kita bagi kat hubby sebab katanya Galaxy note dia (dia pun pakai Note juga) dah outdated sebabnya adalah kerana phone dia tak boleh update ke Android ice cream sandwich macam kita punya hehe.


Ok actually kita nak share resepi mee putih tapi melalut pulak.  Mee putih kita ni simple je. Bahan utama adalah mee hoon dan bawang putih je. Yang lain2 tu ikut sukalah nak taruk apa.


1 bungkus mee hoon direndam dlm 1 jam gitu

2 sudu besar bawang putih yg dicincang halus

Serbuk lada sulah

2 sudu besar sos tiram

Hirisan daging secukupnya

Hirisan fish cake/crab stick

Sayur sawi dicuci bersih dan dipotong kecil


Tumiskan bawang putih. Masukkan hirisan daging dan masak hingga bertukar warna. Masukkan fish cake, sos tiram dan serbuk lada sulah dan kacau sebentar. Masukkan. 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa kacau dan masukkan mee hoon yg telah direndam tadi bersama sayur sawi dan gaulkan. Masak hingga mee hoon lembut. Jika perlu tambahkan air. Jika suka taburkan hirisan lada merah.


Wednesday, January 23, 2013

Blueberry cheese tart

Salam, hari ini kita relax je sebab anak kita si Aiman tu balik lambat so kita masak lambat sikitlah. So kalau dah relax tu, tangan pun gatal nak godeh hp dan ternampak pulalah gambar cheese tart yang kita buat last week. Resepinya kita ambil di myresepi.com. Ok jugalah tapi kita paling suka tart shells nya so here the recipe yang kita copy paste je..


PASTRY (resepi chef anuar)

160g butter

80g gula castor

1 st vanilla esen

sedikit garam

1 biji telur

250gm tepung gandum


BAHAN ISIAN CHEESE

250gm cream cheese (Philadelphia)

3/4 cwn gula icing

1 biji telur

1/2 cwn whipping cream

1 camca teh esen vanila

Blueberry filling secukupnya


*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater

utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda

hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan

ini kepada separuh.


Cara-cara

1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen

vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn

sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.

Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh

sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum

ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian

sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga

sebati

8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.

9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.

10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh

masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-

tengahnya

11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama

15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum

dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


Tuesday, January 22, 2013

Ikan mackerel goreng masak lemak

Salam, apa khabar?  Sebenarnya kita rasa quite  terharu bila kita tengok blog kita yg tak seberapa ni masih ada yg sudi menjenguknya.  Sebenarnya kita buka blog ni hanya untuk berkongsi resepi kita yg tak seberapa ini dan juga untuk membebel sendiri... Hehehe. Ok, skrg kita nak kongsi resepi yg sangat simple yg kita rasa banyak orang dah tahu macamana nak masak tapi takpe kita saja je nak letak kat sini.. :')


Ikan mackerel goreng masak lemak


Beberapa ekor ikan mackerel /kembong,  dibersihkan kemudian gaulkan bersama garam kunyit dan goreng hingga garing


2 biji bawang besar dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

1 inci halia dihiris

Beberapa biji cili padi diketuk, lebihkan jika suka pedas

2 batang serai diketuk

Beberapa helai daun limau purut atau daun kunyit

Sekeping asam gelugur

1 kotak santan kara

1 cawan air


Dengan menggunakan sedikit minyak dari bekas gorengan ikan tadi, tumiskan bawang, bawang putih,cili padi dan halia sehingga bawang besar layu. Masukkan serai, daun limau/kunyit, asam gelugur dan air serta santan dan kacau sebentar. Masukkan garam serta serbuk perasa jika suka dan biarkan mendidih dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan masak lagi selama lebih kurang 5 minit lagi.... Dan siap...


Red velvet cupcakes

Salam, kita ni kalau buat sesuatu resepi yang kalau tak menepati citarasa kita,  kita akan cari dan cuba resipi lain hinggalah kita puashati with the end product. So dalam tercari-cari resepi yang menepati citarasa kita ni... kita pun cuba resepi red velvet dari buku resepi Chef Siti Masturah Alwi and memang tidak mengecewakan.  Kita sangat puashati dengan hasilnya iaitu rasanya, texture dan juga warnanya...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails