Monday, December 29, 2008

Epok-epok/karipap



Epok2/karipap ni kita buat last Friday. Ntah masa duduk2 tu ,terasa pulak nak makan epok. Terus je pergi dapur tengok kentang ada, daging kisar pun ada, so projek pun ber mula....
Nak cepat habis punya pasal...epok2 size xl kita buat.....



Friday, December 26, 2008

Sup ekor lembu



Bila dah selesai semua tempahan, sempat pulak kita masak sup ekor lembu. Dulu memang selalu masak sup ni tapi sejak dah jadi bisnes womwn ni memang dah jarang sangat kita masak. Sup kita ni ada mengunakan oats sebagai bahan pemekat sebab sup kalau pekat lepas tu cicah dengan roti...huh sedap..melekat....

Sup Ekor Lembu

1 kg ekor lembu, direbus hingga empuk (kita gunakan pressure cooker jadi cepat sikit)
1 labu bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 inci halia, dikisar
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
1/2 cawan oats
2 sudu makan rempah sup
4 batang celery, potong dadu
2 biji kentang, sebiji dibelah 4
2 batang carrot, dipotong kecil2
2 biji tomato, dibelah 4
garam
lada putih serbuk

Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan pelaga. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing. Masukkan ekor lembu bersama air rebusannya sekali dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan rempah sup dan oats dan kacau hingga sebati dan masukkan kentang, carrot dan celery masak hingga kentang empuk. Masukkan garam dan lada putih. Jika terlalu pekat tambahkan air, last sekali masukkan tomato.


Brownies, brownies,brownies, brownies, lasagna & lasagna







Pada 24 Dec. 08, seharian kita kat dapur siapkan brownies sampaikan mabuk bau coklat. Apa tak nya ada 4 kotak brownies yang harus disiapkan dan setiap satu berlainan topping. dan pada hari itu juga kita harus siapkan tempahan 8 tray lasagna. Nasib baik lasagna boleh siapkan malam sebelumnya lepas tu masuk fridge then on the actual day pagi-pagi buta dah mula membakar lasagna-lasagna itu. sambil tu 'on' lsgi satu oven, mission brownies pun bermula....




Tuesday, December 16, 2008

Ikan Goreng Masak Santan Berlada


Hari ini kita masak lauk ikan goreng masak santan berlada. Resepi ni sebenarnya Mak kita yang ajar tapi kita modified sikit. Hari ini kita gunakan ikan 'becok' dan lawan lauk ni, kita masak kangkong masak lemak...oopps...lemak lagi...hai...berlemak-lemaklah kita hari ini....


Ikan Goreng Masak Santan Berlada

Beberapa ekor/keping ikan goreng (tak kiralah ikan apa pun)
20 batang lada kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit serbuk
sedikit belacan
2-3 batang serai, di ketuk
1-2 keping asam gelugor
200ml santan + 1 cawan air (jika suka berkuah, lebihkan air)
garam, gula secukup rasa

Kisar lada, bawang, bawang putih, halia & belacan. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
Masukkan santan, asam gelugor, garam, gula dan serai dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan goreng dan biarkan hingga pekat.


Lemak Kangkong

Kuih dadar/ketayap gulung


Selalu juga kita buat kuih dadar tapi resepi yang kita cuba dari blog "Bro Rozzan" (tapi kita ada buat ubahsuai sikit) ni memang menjadi punya dan lembut sekali....

Ingredients:
150 g tepung gandum
450 ml santan (1 kotak kecil santan + 250ml air)
4 biji telur
1 sudu besar minyak makan
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Inti Kelapa
450 gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tpg jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220 ml air
50 gm gula tanjung
50 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Cara untuk membuat inti:
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga gula larut dan pekat sedikit. masukkan kelapa dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tpg jagung dan dikacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.


Directions:
Satukan telur, santan, minyak dan garam kacau hingga sebati. Tuangkan adunan santan+telur kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan aduk sedikit-sedikit agar adunan tepung kurang bergentel. Tapiskan adunan tepung tadi.

Gunakan kuali non-stick untuk membuat kulit kuih dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. Setelah masak, angkat dan isikan dgn inti kelapa.




Tips membuat kek

Tips ini kita ambil dari keratan akhbar minggu lepas dan kita nak share sebab kita ianya berguna untuk buat rujukan.

Teori membuat kek yang mudah diikuti:

Mulakan dengan membaca dan mengerti kandungan resepi dan diikuti dengan 'mengenal' bahan-bahan yang diperlukan.
Anda juga perlu tahu cara mengunnakan ketuhar kerana sebilangan besar produk yang dibuat mengunnakan ketuhar.
Bahan-bahan asas untuk membuat kek ialah tepung, telur, gula, memtega atau pun majerin.
Berikut cara mudah membuat kek:
1. Beli tepung kek atau rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan 'berpasir'.

2. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA.

3. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

4. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

5. Untuk membakar kek jenis ringan seperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celcius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit.
Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek, jika tekturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan kek di atas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk.

6. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
Untuk memastikan kek itu telah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek dan lidi harus kelihatan licin apabila ditarik keluar.
Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Monday, December 15, 2008

Roti pita & sloppy joes


Semalam kita sediakan roti pita bersama inti sloppy joes untuk dinner dan untuk melengkapkan kita goreng french fries. Roti pita pun kita beli je kat giant. Roti pita tu kita potong dua dan kita sumbat kanlah dengan mayonies, lettuce, tomato dan sloppy joes. Memang mengenyangkan makan ini. Kalau nak cuba kat bawah ni kita sertakan resepi sloppy joes yang kita ambil dari allrecipe.


Sloopy Joes

Ingredients:
1 kg ground beef/mutton
2 tablespoons cooking oil
1 cup chopped onion
2 clove garlic, minced
1 tomato, diced
1/2 teaspoon oregano
1/2 bottle chilli sauce
1/2 bottle tomato sauce
2 teaspoons brown sugar
salt/pepper to taste


Directions:
1. Heat oil in a skillet, add onion, garlic, tomato and oregano. Saute until onion is tender. add in ground meat and cook until the colour of the meat is slightly brown. Add in chilli and tomato sauce,brown sugar, salt and pepper. Cook until there no liquid left in the skillet. Ready to eat with hotdog/pita bun topped with mayonise.

Brownies, lompang & coconut blossoms




Hari Jumaat hingga Ahad yg lepas kita sibuk sangat sebab nak siapkan tempahan kuih-muih. Penat betul, nasib ada hubby yang sudi menolong..tak..bikin sorang-sorang boleh tercabut tangan.
Walau apa pun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


Saturday, December 13, 2008

Fried Fish Soup Noodle


Untuk dinner hari ini kita masak fried fish soup noodle. Makanan ni adalah kegemaran hubby dan sangat senang sekali untuk dimasak...


Fried Fish Soup Noodle

300g isi ikan dory
tepung jagung
1 sudu makan bawang putih cincang
1/2 sudu teh halia yang telah dikisar/tumbuk
2-3 kiub stok ikan
lada putih serbuk
garam
2 liter air
500g mee laksa, di celur
daun sup, di hiris,
daun bawang, di bersihkan dan potong panjang2
sambal belacan

Ikan dory dipotong kecil2, gaulkan bersama sedikit garam & lada putih serbuk, Panaskan minyak. Salut kan isi ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bawang putih dan halia. Masukkan air dan dan daun bawang dan dibiarkan hingga mendidih. Masukkan stok ikan, garam dan lada putih serbuk dan masak selama 2-3 minit lagi. Tutup api dan keluarkan daun bawang tadi dari dalam sup yang telah siap dimasak.


Cara untuk menghidang:

Taruh sedikit mee laksa yang telah dicelur tadi dan beberapa keping isi ikan yang sudah digoreng terlebih dahulu. Tuangkan sup, taburkan daun sup dan sedikit sambal belacan. Siap...dah boleh makan..

Pisang goreng


Hari ini hubby dah mula cuti panjang, so dalam 10.00 pagi, kita, hubby & Aiman pergi JP. Then we had our brunch at the newly opened Burger King JP branch. Lepas tu balik sebab hubby nak pergi sembahyang Jumaat. Bila dah petang tu...duduk2 terbayang pulak pisang goreng. So apalagi kita pun suruhlah Farhanah turun pergi kedai econ beli sesisir pisang kepok dan tepung beras dan sementara tunggu dia balik kita pun standbykanlah teh tarik...huuu...nyaman bila makan pisang goreng dengan teh tarik......

Wednesday, December 10, 2008

Roti kirai


Roti kirai warna OREN, tengok macam kelakar pulak. So far belum pernah nampak roti kirai warna oren, selalunya warna kuning tapi hari ini kita buat warna oren sebab perwarna kuning kita dah habis....nasib baik ada warna oren, kalau tidak mau dia warna merah atau purple..hehehe...
Kita buat roti kirai ni pun si kecil Aiman tu yang minta, dari hari raya lagi dia suruh kita buat tapi kita tak ada masa. Memandangkan kuah dalca belen masak masa hari raya kelmarin masa ada lagi dalam fridge, senang sikit dah ada lauknya, kita tinggal buat adunan saja. Yang bestnya...Aiman kata oti kirai oren lagi sedap daripada yang kuning. Hmm...Aiman...Aiman...

Tuesday, December 9, 2008

Nasi Bryani & cupcakes


Semalam (Aidil Adha), kita masak nasi bryani dam, acar timun, dalca & ayam goreng



dan cupcakes untuk anak-anak sedara kita makan sebab dah lama kita tak buat cupcakes ni...design dia simple je sebab bila dah penat tu otak pun dah tak boleh nak fikir nak buat design yag cantik2.......so masa pergi rumah Mak & MIL kita bawaklah nasi bryani dan cuppies kita.


Kek Lapis


Last week, kita buat Kek Lapis Batik Sutera yang kita ambil dari blog "Bro Rozzan" . Jadi tu memang jadi...tapi untuk dua lapisan terakhir tu kita lupa nak ketepikan dua senduk adunan plain so jadinya tak samalah macam Bro Rozzan punya dan tak berapa cantik pulak tu tapi sedap....

Thursday, December 4, 2008

Chewy Chocolate Chips Cookies


Cookies ni kita buat dah lama dah. Resepi dia kita ambil dari 'Allrecipes'.


Chewy Chocolate Chips Cookies

Ingredients:

* 2 cups all-purpose flour
* 1/2 teaspoon baking soda
* 1/2 teaspoon salt
* 3/4 cup unsalted butter, melted
* 1 cup packed brown sugar
* 1/2 cup white sugar
* 1 tablespoon vanilla extract
* 1 egg
* 2 cups semisweet chocolate chips


Directions:
1. Preheat the oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease cookie sheets or line with parchment paper.
2. Sift together the flour, baking soda and salt; set aside.
3. In a medium bowl, cream together the melted butter, brown sugar and white sugar until well blended. Beat in the vanilla, egg, and egg yolk until light and creamy. Mix in the sifted ingredients until just blended. Stir in the chocolate chips by hand using a wooden spoon. Drop cookie dough 1/4 cup at a time onto the prepared cookie sheets. Cookies should be about 3 inches apart.
4. Bake for 15 to 17 minutes in the preheated oven, or until the edges are lightly toasted. Cool on baking sheets for a few minutes before transferring to wire racks to cool completely.

Terutub Ikan bakar


Sebenarnya lauk ni kita masak minggu lalu tapi tak de masa nak post. Resepi ni kita ambil dari buku 'Resepi Ceria Keluarga' (warna). Kalau ikut resepi asal dorang gunakan ikan terubuk, tapi memandangkan kita tak suka ikan terubuk (sebab banyak tulang), kita tukarkan pada ikan pari tapi walau apapun yang pentingnya adalah rempahnya sebabnya ikan memang boleh ditukar ikut selera kita. Betul tak?

Terutub Ikan Bakar

1 ekor ikan terubuk
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering
2 batang serai
sedikit gula
sedikit belacan
air asam
3 biji limau kasturi
garam secukup rasa
2 helai dun kunyit
daun pisang untuk membungkus

Ikan disiang bersih. Bawang kecil, bawang putih, lada kering, serai dan belacan dikisar halus.
Kemudian masukkan gula, garam dan air asam pekat-pekat pada bahan kisar ini. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihiris halus.

Ikan pari dilumur dengan bahan2 yang telah dicampur tadi dan bungkus dengan daun pisang.

Panaskan kuali bertutup dan bubuh minyak sedikit sahaja. Setelah minyak panas, letakkan bungkusan ikan atas api yang sederhana atau kecil. Kuali ditutup dan masak selama kira-kira 15-20 minit.

Apabila hendak makan, buka daun pisang dan perahkan air limau keatasnya.

Thursday, November 27, 2008

Kepak Ayam Goreng Kak N


Kepak Ayam Goreng Kak N

1kg kepak ayam, dipotong dua
1 sudu teh halia yang telah dikisar
2 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu makan cili kisar (kalau suka pedas, lebihkan cili)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan tepung gandum
garam secukup rasa

Bersihkan ayam. Campurkan semua bahan-bahan dan perapkan lebih kurang 1/2 jam. Goreng secara terendam (deep fry) hingga masak dan garing.

Petua di dapur

Hari ini kita nak kongsi petua-petua di dapur yang kita baca di akhbar pagi ni.

Mengetahui sama ada isi ikan lembut atau tidak
Patahkan ekor ikan (hati-hati agar penjual ikan tak nampak). Jika mudah dilakukan bermakna isi ikan itu lembut. Jika ekornya liat, ini bermakna isi ikan itu keras.

Menghilangkan hanyir ikan pari atau ikan duri
Rendam ikan bercampur air asam jawa selama 15 minit. Kemudian kikis kulit ikan sebelum disiang. Cuci hingga bersih dengan air bergaram.

Menghilangkan hanyir ikan haruan
Rendam ikan dengan air asam jawa selama satu jam sebelum disiang.

Menghilangkan bau hanyir ikan
Lumur ikan yang sudah disiang dengan sedikit tepung gandum atau tepung jagung dan perap selama 10 minit sebelum dibilas dengan air.

Menghilangkan lendir ikan air tawar
Ramas sedikit daun pisang bersama ikan yang telah disiang sebelum dicuci bersih.

Menghilangkan bau hanyir ikan sungai
Rendam ikan yang sudah disiang dengan air cucian beras selama beberapa minit sebelum dicuci bersih.

Menghilangkan bau hanyir di tangan selepas menyiang ikan
Cuci tangan kemudian lumur dengan sedikit halia yang ditumbuk halus sebelum dibilas dengan air.

Mengelakkan ikan pari berbau hancing
Rebus ikan dengan daun betik sehingga separuh masak sebelum dimasak lauk.

Mengenakkan lagi ikan panggang
Balut ikan yang sudah disiang dan dicuci bersih dengan daun kunyit. Kemudian perapkan dengan bahan pemerap. Bakar di atas bara api hingga ikan masak.

Tuesday, November 25, 2008

Tumis Air Sayur Kobis & Telur


Kalau masak sambal tumis sardin, lawan dia mesti lauk tumis air. So harini kita masak tumis air sayur kobis & telur.

Tumis Air Sayur Kobis & Telur

1 biji sayur kobis (kala besar pakai separuh je), dihiris
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu kecil udang kering, direndam
su'un, direndam
4 biji telur ayam
1 litter air
garam


Tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga naik bau. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan su'un, biarkan sebentar. kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah yang sedang mendidih dan biarkan hingga telur masak. Akhir sekali masukkam sayur kobis dan garam dan masak hingga mendidih.

Sambal tumis sardin


Hari ini kita masak sambal tumis sardin. Sekali-sekala masak lauk ni sedap juga. Kita biasanya kalau masak sambal tumis sardin ni, sardin dia kita goreng dulu..apalagi..meletup-letuplah...habis satu dapur berminyak....

Sambal Tumis Sardin

1 tin sardin/makerel
2 labu bawabg besar, dihiris
4 sudu makan cili kisar
belacan
1 keping asam gelugur
garam

Tumiskan bawang, cili & belacan sampai garing. Masukkan asam gelugr, sardin + sos dan garam dam masaklah untuk seketika atau jika suka hingga kering sedikit.

Apam Balik


Hari minggu tak pergi pasar..malas..so kita buat apam balik untuk sarapan. Lagi pun kalau buat puas anak2 makan. Kalau nak resepi click kat sini...

Getas-getas


Hari sabtu yang lalu petang2, hujan2 mulut ni macam nak makan something gitu. Apalagi pergi dapur tengoklah kalau ada apa-apa bahan untuk buat kuih. Bukak freezer nampak pulak kelapa parut putih belen2 yang dibekukan. Bukak laci nampak pulak tepung pulut, masa tu terus terbayangkan kuih getas2...tanpa membuang masa kita pun buatlah project kita dan dalam masa setengah jam semua dah siap tapi kita play chit tau, kita tak sira gula tapi kita pakai gula serbuk...hmm sedappp..... Resepi dia ada kat sini..

Friday, November 21, 2008

Macroni Goreng


Hari ini kita masak macroni goreng je. Seperti selalu hari Jumaat merupakan hari yang sibuk buat kita sebab kita nak kena siapkan tempahan kuih-muih. Jadi anak2 & suami pun faham bila tiba hari Jumaat kalau tempahan banyak maka jawabnya beli makan kat luar je...kalau tempahan tu kurang makanya kita masaklah hidangan yang simple2 je.....

Macroni Goreng Simple

1 paket macroni
200g daging kisar
2 keping fish cake, di hiris
100g isi udang
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada kisar (kalau suka pedas boleh lebihkan)
1 sdu teh kicap pekat (untuk naikkan warna)
garam/gula secukup rasa.

Didihkan air dan rebus macroni bersama 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh garam selama 10 minit. Angkat dan toskan.
Tumiskan bawang putih dan lada kisar hingga garing. Masukkan daging kisar dan masak hingga agak kering. Masukkan isi udang masak lagi dalam 2-3 minit dan masukkan fish cake. Masak hingga naik minyak. Masukkan garam, gula dan kicap pekat, kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan macroni yang telah direbus tadi dan gaulkan hingga rata.

Thursday, November 20, 2008

Asam pedas ikan pari


Hari ini kita masak asam pedas ikan pari. Dah lama tak masak lauk ni, anak-anak pun suka tapi tak ada daun kesum sebab tadi kita suruh anak bujang kita pergi pasar beli sayur kobis dan daun kesum. Kobis dia beli tapi daum kesum dia kata dah habis...boleh gitu...kalau tak tahu cakaplah tak tahu jangan nak eksyen teror pulak. Hai...nasib baik kat luar ada pokok kari boleh kita letak daun kari. Kalau macam nikan kita rasa macam nak tanam daun kesum pulak kat pasu kat luar tu.... Apa-apa pun kita tak letak resepi asam pedas kita kat sini sebab kita tahu semua orang pandai masak asam pedas kan?

Cheesy Potato Soup



Masa tu hujan dari pagi sampai ke malam tak henti-henti, so duduk kat rumah tu perut asyik mintak makan je...anak-anak pun asyik lapar je. Bukak freezer, bukak fridge tengok apa benda yang ada....belek punya belek, tengok ada hash brown, ada cheese, ada celery stick...hmm susu pun ada. So kita carilah resepi "comfort food" kat "All recipes" dan jumpalah resepi ni tapi kita adalah ubah sikit2 ikut bahan2 apa yang kita ada. Macam kentang, kita gunakan hash brown je senang dan rasanya pun lebih sedap dan fresh parsley, kita gantikan dengan dried parsley sebab itu yang kita ada kat dalam fridge. Soup ni enak kalau dimakan panas-panas dengan roti perancis yang disapu dengan garlic spread dan ditoast...hmmmm...sedap.....


Cheese Potato Soup


  • 6 tablespoons unsalted butter
  • 1 1/2 cups chopped onions
  • 1 1/2 cups chopped celery
  • 4 cups water + 2 cubes of veg/chicken stock
  • 8 potatoes, peeled and cubed/10 pcs hash brown, crushed
    15 slices cheddar cheese - broken into pieces
  • 4 tablespoons all-purpose flour
  • 2 1/3 cups milk
  • 2 tablespoons chopped fresh parsley

DIRECTIONS

  1. Melt the butter in a large pot over medium heat. Saute the onions and celery in the butter for 5 to 10 minutes, or until tender.
  2. Stir in the water and potatoes, bring to a boil and then simmer until the potatoes are tender. Add the cheese and stir until melted.
  3. In a separate small bowl, combine the flour and the milk and stir well until the flour is mostly dissolved. Pour this into the soup slowly, stirring constantly, until soup has thickened, about 5 minutes. Garnish with the parsley.

American Apple Pie


Sebenarnya kita dah banyak kali buat apple pie tapi setiap kali kita suka cari resepi yang senang dan cepat dan dalam pencarian tu kita jumpa resepi ni yang memang mudah dan sedap. Kita dapat dari (All recipes).... sedap tau.....



American Apple Pie
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 2 tablespoons cold milk
  • 1 1/2 teaspoons white sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 6 Fuji apples, cored and sliced
  • 3/4 cup white sugar
  • 3 tablespoons all-purpose flour
  • 3/4 teaspoon ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon ground nutmeg
  • 1/2 cup all-purpose flour
  • 1/2 cup white sugar
  • 1/2 cup butter

DIRECTIONS

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. To Make Crust: In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, oil, milk, 1 1/2 teaspoons sugar and salt until evenly blended. Pat mixture into a 9 inch pie pan, spreading the dough evenly over the bottom and up sides. Crimp edges of the dough around the perimeter.
  3. To Make Filling: Mix together 3/4 cup sugar, 3 tablespoons flour, cinnamon, and nutmeg. Sprinkle over apples and toss to coat. Spread evenly in unbaked pie shell.
  4. To Make Topping: Using a pastry cutter, mix together 1/2 cup flour, 1/2 cup sugar and butter until evenly distributed and crumbly in texture. Sprinkle over apples.
  5. Put pie in the oven on a cookie sheet to catch the juices that may spill over. Bake 45 minutes.

Tuesday, November 18, 2008

Ketam masak lemak


Actually lauk ketam masak lemak ni kita masak dua minggu lepas baru ni kita dapat post sebab gambar dia hilang sekejap. Sebenarnya anak-anak kita yang suka sangat makan ketam tapi kalau ikut selera dorang memang kena masak ketam sambal. So pada hari tu kita ikut selera hubby pulak...kita masak lemaklah pulak dan hubby kita ni pulak jenis yang tak tahu nak makan macam-macam lauk pada satu masa, so kita campakkan aje kacang botto kat dalam lauk kita....dah siap.....

Ketam masak lemak simple sangat tapi sedap

5-6 ekor ketam bunga, bersihkan dan belah dua
Dua labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
10 batang cili kering, dicuci bersih dan gunting kecil-kecil
2-3 batang serai, diketuk
1 kotak santan (200ml)
garam/serbuk perasa secukup rasa
air

caranya:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering hingga bawang layu.
Masukkan santan dan sedikit air (ikut cita rasa, kalau nak berkuah lebihkan air) dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam/serbuk perasa dan ketam dan kacau kan hingga ketam dah sebati dengan rempah kat dalam kuali dan tutup kuali. Biarkan selama 7-10 minit dan siap untuk di hidangkan.

Monday, November 17, 2008

Siapa yang panggil................................

Ianya bermula pada Sabtu petang. Masa tu tengah mandi, so biasalah kalau mandi tutup pintu toilet & kunci. Masa tengah mandi tu...dengan bunyi air mengalir daripada shower menenggelamkan suara dari luar bilik mandi, kita dengar hubby panggil kita "Buk......". So kita jawablah..."aaah.....". Lepas tu senyap so kita teruskan mandi. Habis mandi, kita ingat hubby ada kat dalam bilik tunggu kita mungkin nak tanya sesuatu tapi dalam bilik tak ada orang. Bila dah siap kita keluar dan tanya hubby "tadi awak panggil kita ke?" dengan muka yang blurr dia kata tidak. Lepas tu kita buat bodoh je sebab kita ingat dia nak main-mainkan kita.

Semalam (hari Ahad) pagi masa kita mandi, kita dengar lagi "Buk...." tapi kali ni kita tak jawab sebab sebenarnya kita ni pantang kalau lagi kat dalam toilet orang panggil. Keluar toilet sekali lagi tengok bilik kosong tapi kita tak tanya hubby sebab kita tengah kelam-kabut nak siapkan sarapan.
Petang, waktu mandi....kita dengar lagi " Buk.....", masa tu macam meremang bulu roma.....apalagi...mandi cepat-cepat terus keluar dari bilik dan tanya hubby "awak panggil kita ke?" dia geleng kepala.
"Awak jangan main-mainkan kita tau! Awak panggil kitakan tadi?"
"Taklah...saya duduk sini je dari tadi...kalau tak caya tanya Fana"
"Betul lah Ibu, Ayah dari tadi kat sini je"
"Habis, sapa yang panggil Ibu tadi?"
" Sapa Ibu" Fana tanya kita
"ntah masa Ibu mandi dengar macam suara Ayah panggil Ibu"
"merepeklah..." kata hubby
"betull...semalam pun...tadi pagi pun..."
"eeii..Ibu jangan cakap lagi..saya takut"
"tak de lah agaknya bunyi dryer tak?" kata hubby
Lepas tu kita diam je sebab sebenarnya kita pun seram juga.... sampaikan tak boleh tidur kita malam semalam.

Pagi tadi...masa mandi, kita pun dah takut-takut juga tapi tawakallah orang kata...then...."Buk...." Ya Allah, meremang bulu roma kita.......dan pada masa tu juga kita perasan sesuatu............................................................................. ................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
rupa-rupanya bunyi tu datang dari botol shower foam kita.........yelah...masa kita tekan kepala dia....bila dia nak naik semula..bunyinya"buk....."(low voice).......kita pun apalagi.....terbahak-bahaklah sorang-sorang kat dalam toilet tu......hai....macam-macam......Bila kita ceritakan kat Fana...dia pun pergilah kat toilet kita dan tekan kepala shower foam kita.....lepas tu dia terbahak-bahak keluar dari toilet dan kata "Buk......."hehehe,,,,

Wednesday, November 12, 2008

Buat roti - 09th Nov 2008


Dah penat buat kuih, kita buat roti pulak. Sebenarnya masa kita mula-mula cuba buat roti dulu, kita teruja sangat sebab roti kita menjadi. Bila makan panas-panas....hmm....enak.....
kita ni sebenarnya tak suka nak buat ikut resepi yang susah-susah, so kita carilah resepi yang paling senang nak buat roti sebab kita ni bukannya ada breadmaker. Cari punya cari....kita jumpalah resepi kat bawah ni. So untuk Dua adunan roti kita dapat buat macam2 jenis roti.



Butter Rolls

  • 3/4 cup milk
  • 3/4 cup water
  • 1/2 cup white sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 5 teaspoons active dry yeast
  • 5 cups all-purpose flour
  • 1/2 cup margarine, melted

DIRECTIONS

  1. In a medium saucepan over medium heat, warm milk, water, sugar and salt. Remove from heat, and mix in the eggs and yeast.
  2. Measure flour into a large bowl. Make a well in the flour, and pour milk mixture into it. Do not stir. Cover with a lid, and let stand for 20 to 30 minutes.
  3. Pour melted margarine into flour, and mix well. Add more flour if too sticky. Knead lightly. Cover, and let rise for 20 to 30 minutes.
  4. Shape the dough into rolls, and place on a baking sheet. Let rise again for 20 to 30 minutes.
  5. Bake rolls in a preheated 400 degrees F (205 degrees C) oven for 15 minutes, or until done.

P.S kalau nakkan roti yang lembut boleh campurkan 1 sudu teh 'Bread Improver' kat tepung sebelum diayak.

Chicken Floss Roll

Hotdog Roll

Pizza bun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails