Tuesday, June 10, 2008

Ayam Masak Bali


Sebenarnya dah lama tak masak lauk ni. So tekak ni macam terasa-rasa gitu..bahan2 pun dah ada...apalagi masaklah...

Ayam Masak Bali

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (potong 12)
2 cawan santan
1 sudu makan gula
3 sudu makan air limau atau 2 sudu makam cuka
8 helai daun pandan
garam secukup rasa

bahan-bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
10-15 batang lada kering
5 biji buah keras
2 sudu makan kicap manis

Peraturan:
Goreng ayam separuh masak.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun pandan.
Tumis hingga wangi.

Masukkan gula, air limau/cuka, garam dan santan. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih masukkan ayam dan masaklah hingga kuahnya pekat.

Selamat mencuba....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails