Hari sabtu malam kita ngan hubby bersengkang mata sebab nak siapkan brownies untuk hari minggu. Ingatkan nak buat ala-ala cake gitulah, nak conteng2 tapi white chocolate yang kita beli tu tak berapa bagus sangat so terpaksalah buat yang macam biasa....
Dalam pada tu sempat juga buat mini pizza tapi kita bakar the next day. Kita cuma siapkan dan masukkan dulu dalam fridge jadi nanti sunday senang sikit tinggal masuk oven je....
Mini Pizza
Bahan2 utk pizza sauce:
1 tin tomato sauce (15oz)
1 tin tomato paste (6 oz)
1 sudu makan oregano
1 1/2 suduteh bawang puteh cincang
1 suduteh brown sugar
satukan kesemua bahan di atas dan gaul hingga rata
Bahan2nya:
12 biji roti burger dibelah dua
10 keping meatloaf di potong kecil-kecil
6 keping sliced cheese (setiap satu keping di jadikan empat)
1/2 cawan mixed vegetables
Sapukan pizza sauce di permukaan roti pizza, taburkan meatloaf, mixed vegetable dan letak sekeping cheese di tengah2nya. Bakar untuk 10 minit atau sehingga cheese cair.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment