Monday, June 16, 2008

Macroni Goreng

Friday 13 June 2008


Hari Jumaat yang lepas tak masak tengahari, beli kat luar je. So untuk dinner kita masak macroni goreng dan goreng chicken nuggets.










Macroni Goreng

Bahan-bahannya:

500g macroni
200g daging kisar
2 keping fishcake (dihiris)
50g sayur campur
Gula/garam

bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 - 15 batang lada kering


Rebus macroni di dalam air yang mendidih hingga lembut kira2 10 minit.

Tumiskan bahan2 kisar hingga garing dan masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk.

Masukkan gula dan garam ikut rasa. Masukkan fishcake dan sayur campur dan masak untuk lima minit lagi. Masukkan macroni yang telah direbus tadi dan gaulkan hingga rata dan masaklah selama lebih-kurang 5 - 7 minit dan bolehlah dihidangkan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails